Wednesday, June 6, 2012

~ NukiLan HatiKu ~



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kurnia dan limpahNya kita masih dipertemukan di alam maya ini..Subhanaallah.. Begitu indah kita bertemu dan berpisah keranaNya..Insyaallah..Semoga kita semua diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Salam rindu dan kasih buat kekasih agungMu, Nabi Muhammad S. A.W. Selawat dan salam ke atas Baginda yang mulia..

Entri ana kali ini mungkin agak panjang..Soalan-soalan yang sebelum ini meniti di sekitar orang yang rapat serta mengenali ana..Sesungguhnya jawapan ini ikhlas dari hati ana... Barangkali dengan entri orang akan salah menganggap tentang diri ana tetapi ketahuilah ana manusia biasa yang sedang mencari keredhaan Illahi dalam meniti hidup ini.. Tiada lain berserah kepada Penciptanya yang Maha Esa.. Kita sebagai hambaNya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan...

Adakah ana single atau sudah mempunyai seseorang? Jawapannya ana sudah dimiliki.. Ana tidak single tetapi ana adalah hak milik Rabb-Nya..Ana milik ibu bapa ana.. Sehingga ayahanda ana memberikan amanah ini kepada seseorang yang bergelar suami.. Masyaallah,pasti linangan air mata akan jatuh membasahi pipi ketika ini..Pada detik itu kerana sememangnya ana seorang yang manja dengan ayahanda ana... Ketika berjauhan sendirian menuntut ilmu,selautan kerinduan buat ayahanda serta keluarga cukup memeritkan.. Namun,demi masa hadapan dan belajar kerana Allah,kumulakan langkah dengan bismillah menuju menara ilmu agar diri dibekalkan dengan ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh diriku dan orang lain.. Insyaallah..Ana mahu menyerahkan sekeping hati ini kepada yang berhak setelah adanya lafaz sakinah..Insyaallah.. Sememangnya bukan mudah untuk menjaga hati.. Indah sekiranya percintaan setelah adanya akad dan nikah.. Berkat itu lebih utama .. Semoga Allah sentiasa melindungi hati ini dan mendidik hati ini ke arah jalan-Mu... Ana mahu bercinta high class bak kata kakak Fatimah Syarha.. Kisahnya cuba ana jadikan pedoman dalam hidup.. Meniti hidup yang semakin mencabar dengan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.. Ana kagum dengan kakak Fatimah Syarha.. Cubalah baca novel yang ditulis oleh beliau.. Tersentuh hati ana ketika membacanya..

 

 
Setiap orang mengimpikan sesuatu dalam hidupnya..Begitu juga dengan ana.. Ana mengimpikan sebuah kehidupan yang dilimpahi berkah dan kebahagiaan.. Ana ingin menjadi hamba yang taat pada Allah,ummat Nabi Muhammad yang sering melakukan sunnahnya,anak yang solehah buat ibu bapanya..Pelajar yang sering mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.. Sahabat yang setia ... Insyaallah bakal isteri yang menenangkan dan mendamaikan kalbu suaminya serta bakal ibu yang penyayang.. Tidak lupa juga sebagai mujahidah yang mengejar mardhatillah... Seorang yang dapat menabur bakti kepada masyarakat..Masyaallah..banyaknya impianku? Tetapi mampukah diriku yang kerdil lagi hina ini mampu menggapai bintang di dada langit? Tiada apa yang mustahil tetapi perlukan kesabaran serta istiqamah dalam menuju cinta-Nya.. Amar makruf nahi mungkar... Senang untuk diperkatakan di bibir tetapi sukar untuk dilakukan melalui perbuatan serta tindak tanduk kita..



Awak, awak tak rimas ke asyik pakai baju kurung dengan jubah je?  Pertanyaan daripada sahabat ana yang membuatkan ana tersenyum.. Pertama sekali ana ingin tegaskan ana suka dengan baju kurung dan jubah.. Pakaian harian ana..Ana selesa untuk berpakaian sebegini hatta untuk membeli makanan di kafe sekalipun..Kenapa saya suka pakai baju kurung? First, baju kurung dapat menutup aurat ana.. Insyaallah,dengan izin Allah ana berusaha menjaga aurat dengan memakai baju kurung dan jubah.. Ana sangat selesa dan longgar.. Ana pernah mandi di pantai pakai baju kurung.. Banyak mata memandang tetapi ana tak kisah pandangan orang.. Seorang sahabat ana ketawa apabila ana menceritakan ana mandi pantai memakai baju kurung.. Kenangan ini amat manis apabila dikenang.. Hehe..Ana tidak rimas dengan pakaian ini tetapi rasa dilindungi..Ana rasa selamat apabila berbaju kurung.. Apabila ana ingin berbuat sesuatu ,ana akan fikir banyak kali.. Kadang-kadang melalui pakaian kita dapat membentuk diri kita..

 Ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."



Awak,maaf ye nak tegur..Saya rasa awak kena pelbagaikan fashion awak.. Urmm, baju kurung je.. Ubah sikit..Pakai blouse ke? t-shirt muslimah ke? Still menutup aurat kan?  Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana Allah mengurniakan orang-orang yang sangat prihatin dengan ana.. Terharu ana.. Buat sahabatku,terima kasih kerana menegur ana.. Ana sangat menghargainya.. Tetapi sahabatku yang dikasihi kerana Allah,ana lebih selesa berpenampilan sebegini..Mudah.. Sangat selesa.. Biarpun sesetengah pihak kata sangat panas tetapi bagi ana bagai salju turun membasahi ana.. Mungkin ana sudah terbiasa.. Walau apa pun ana sangat berterima kasih kepadamu sahabat.. Mungkin ada menganggap ana kuno,tetapi ketahuilah bahawa ana lebih menyayangi ayahanda ,adik-adik ana serta suami ana kelak.. Ana tidak mahu mengheret mereka ke arah lembah neraka kerana ana tidak menutup aurat.. Nauzubillah..

 
bersambung

No comments: