Tuesday, March 12, 2013

~ ReaLiTi KehiDuPAn ~


 

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izin-Nya  kita masih dipertemukan lagi di alam maya ini.. Marilah kita bersama-ama menadah tangan mensyukuri dengan segala rahmat yang telah Allah beri kepada kita..Kekuatan yang ada pada manusia ialah doa..Doa yang ikhlas terbit dari hati.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di Lahad Datu .. Semoga Allah memberikan pertolongan kepada mereka dan membantu mereka untuk mempertahankan negara kita..Insyaallah.. Sedih dan sayu melihat mereka... Mereka adalah insan yang tabah dan sabar menempuhi ujian dan dugaan.. Allah...Allah..Allah.. 

Kali ini ana ingin berceloteh tentang sedikit pengalaman yang ana lalui. Ana telah menjadi urusetia bagi suatu program.... Alhamdulillah, kami telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir.. Walaupun tidak dapat menempatkan diri dalam pertandingan akhir ,kami berasa bersyukur dan amat gembira.. Alhamdulillah,terima kasih di atas rezeki yang telah Engkau berikan.. Pasukan kami telah berjaya memecah rekod untuk program yang kami sertai.. Alhamdulillah..

Ana berasa  malu dan takut mengenangkan hanya ana seorang wakil urusetia bagi kediaman ana untuk satu wakaf.. Dua orang urusetiayang lain  ditempatkan dalam satu wakaf. Namun, tanggungjawab dan amanah yang diberikan haruslah dipikul dengan sebaiknya..Ana cuba sedaya upaya untuk cekalkan hati agar dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.. Ana menghadapi sedikit cabaran apabila terpaksa menghadapi semua urusetia lelaki dan ana satu-satunya urusetia perempuan.. Masyaallah,takut dan gementar.. Malu apatah lagi.. 

Sewaktu ana berada di sana, ada beberapa insiden yang menyedihkan. Terluka dan sedikit terasa.. Bila ana berseorangan,air mata menitis..Menginsafi kekerdilan diri ini di hadapan Pencipta. Betapa ana lemah bila diuji dengan manusia.. Ya Allah,air mata ini bukti hamba ini seorang hamba yang lemah lagi dhaif.. Diuji sedikit ana sudah melatah.. Astagfirullahalazim.. Bukan sengaja air mata ini menitis,tetapi tidak mampu ana menahan air mata ini.. Allah mahu menguji ana,tetapi ana lemah sedangkan Allah itu menghantar ujian dan dugaan untuk mendengar tangisan dan rintihan hambaNya.. Allah..Allah..Allah.. 

Bila ana duduk bersendirian,ana cuba muhasabah diri ini.. Bukan semua orang sukakan kita.. Biarpun kita cuba berbaik dengan orang,namun penerimaan orang adalah berbeza.. Apa yang penting jangan membalas dengan perbuatan  yang kurang baik terhadap orang walaupun kita disakiti.. Teruskan melakukan kebaikan dan gunakan santun dan hikmah. Insyaallah, seseorang itu akan berubah juga akhirnya..Memaafkan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita adalah sangat sukar namun itulah hadiah yang terindah.. Kita akan berasa lega dan ceria..  Ya Allah,kurniakanlah sifat kemaafan dalam diriku kepada semua orang walaupun hati ini terguris dan terluka.. Berikanlah daku sifat kasih sayang sesama makhluk ciptaanMu..Payungilah hatiku dengan mawaddahMu... Biarpun sukar untuk melakukan tetapi percayalah bahawa anda akan berasa tenang dan damai...

Ana sedar  ada sesetengah orang akan memandang sinis dengan ana.. Melihat pemakaian ana.. Namun ana berasa gembira dan bahagia.. Kerana apa? Kerana Allah ingin menguji ana dengan perkara sebegini.. Perlian dan cacian sudah lali didengar.. Biarpun sedih namun Allah sentiasa ada untuk hambaNya.. Biarpun tiada manusia yang menyayangiku, insyaallah Allah sentiasa ada bersama hambaNya... Kadang kala kita terleka dan lalai dengan duniawi,namun Allah masih mahu mendengar rintihan kita.. Betapa Allah itu menyayangi hambaNya... Apabila kita mengingatiNya, sudah pasti Dia lagi mengingati kita .. Membantu kita saat kita senang dan susah.. Marilah kita bersyukur dengan segala kurniaan Allah..

Allah akan menguji kita dengan banyak perkara.. Kesenangan juga merupakan ujian buat kita.. Janganlah kita alpa dan lalai tika diulit kesenangan... Allah..Allah..Allah.. Bila ana fikirkan, tiada manusia yang sempurna..Kita pasti melakukan kesilapan dan kesalahan.. Oleh itu,sekiranya ada orang yang membuatkan kita terluka atau kecewa,maafkan dengan seikhla hati.. Sejujurnya ana juga sukar untuk melakukan namun percayalah bila kita memaafkan perbuatan orang lain terhadap kita,bagai embun yang dingin membasahi kita.. Alhamdulillah... 

Satu perkara yang membuatkan ana berasa gembira ialah salah seorang sahabat ana yang setelah sekian lama menyepi diri menghubungi ana.. Syukur alhamdulillah.. Jarak dan waktu yang memisahkan kami namun kuntuman doa tetap mekar antara satu sama lain.. Apa yang boleh ana katakan, Allah itu mengambil suatu yang menjadi kesayangan kita namun Allah akan menghadiahkan yang lebih baik untuk kita..Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. Walau apa pun yang terjadi,jangan lupakan Dia dan Dia tak akan lupakan kita..

Persahabatan di dalam dunia ini ada pasang surutnya.. Walau apa pun yang terjadi,jadikanlah kesabaran dan kasih sayang sebagai benteng kita .. Kalau kita terasa hati atau terluka dengan sahabat kita,maafkanlah dia demi persahabatan yang telah terjalin.. Insyaallah, ada kebaikan yang terselit dalam perbuatan tersebut.. Kalau ada sesuatu yang terjadi terhadap kita, cuba lihat kembali hubungan kita dengan Pencipta dan juga hubungan kita dengan makhluk Allah.. Jagalah hubungan dengan kedua-duanya.. Insyaallah ,bahagia di dunia dan akhirat..

Setelah sekian lama ana berceloteh, izinkan ana mengudurkan diri... Sudah lewat malam dan esok ana ada kelas pagi... Ceriakan diri anda dengan senyuman.. Hiasilah diri dengan iman dan taqwa..

No comments: