Saturday, March 2, 2013

~ Kamu ~





 

Cantik sungguh bunga  melur
Bunga ditanam dalam jambangan
Salam ukhuwwah ikhlas  kuhulur
Restu dipinta dalam persahabatan


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. Marilah kita bersama-sama menadah tangan mengucapkan kesyukuran di atas segala rahmat dan kurniaan yang Allah telah berikan kepada kita.. Suatu augerah yag tidak ternilai.. Alhamdulillah.. Kita masih diberi peluang untuk menatap wajah bonda dan ayahanda yang kian dimamah usia namun gagah berdiri demi keluarga tercinta.. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Kali ini ana memohon jutaan dan ampun maaf kerana lakaran kata mungkin mencalar jiwa namun ikhlas kunukil dengan bismillah.. Bismillahirrahmairrahim... Duhai insan yang amat ana hormati.. Ana akui ana hanyalah pelajar yang biasa dan punyai banyak kelemahan diri..Ana memohon kemaafan sekiraya bicara ini akan menyentuh sukmamu... Kata-katamu umpama bilah belati menusuk jantungku..Kata-katamu umpama torehan kaca yang menyebabkan luka yang mendalam.. Kata-katamu umpama duri yag menikam sanubariku.. 

Duhai insan ciptaan Illahi... Biarpun tudungku ini buruk pada pandaganmu,tapi besar maknanya bagiku..Tudung labuhku ini yang menjaga auratku dari pandangan lelaki...Tudungku ini juga menjadi benteng untuk diri ini melakukan sesuatu yang kurang elok.. Tudungku ini juga menjadi naungan diriku agar diri ini sedar apa yang perlu daku lakukan.. Tudungku yang kupakai ini kebanggaanku kerana diriku dapat berlindung dari pandangan tajam sesetengah orang ..tetapi apa yang paling penting syariat itu terpelihara.. Ana rasa sangat selesa apabila memakai tudung labuh..Janganlah dirimu menghina diriku ini kerana pakaianku ini...

Duhai insan yang  ana kagumi... Ilmumu dengan ilmuku sangat jauh berbeza.. Ilmumu jauh lebih tinggi dariku...Fikiran dan pendapat kita saling bertingkah... Bagimu perempuan seperti diri ini sangat rendah martabatnya.. Kerana penampilanku yang berbaju kurung dan bertudung labuh.. Sedih dan pilu hatiku namun daku sedar tidak semua orang akan bersepedapat denganku.. Bagimu,diriku hanya layak untuk pekerja yang biasa..Yang mempunyai pendapatan yang rendah.. Bagimu diriku perlu diubah agar lelaki akan mendekatiku..Bagimu diri ini perlu diubah agar kelihatan menggoda pada pandangan lelaki.. Astagfirullahalazim... Maafkan diriku kerana tidak terniat di hatiku ingin mengubah penampilanku.. Biarlah nampak selekeh dan tidak bergaya namun diri ini terasa bahagia.. Tidak perlu kuhias diri ini untuk menarik perhatian lelaki.. Cukup diriku seadanya.. Kupercaya pada jodoh yang Allah berikan padaku.. Sekiranya bakal suamiku hanya biasa namun ilmu agamanya mampu mendidikku ke jalanNya,sudah pasti kugembira... Bagiku,tiada lelaki hendakku cari melainkan suami yang Allah beri pada waktu dan tikanya nanti..

Duhai insan yang ana santuni,maafkan diri ini kerana tidak dapat mendengar nasihatmu.. Ku yakin dengan jalanku pilih denga restu ayahanda dan bonda.. Ana hargai nasihat yang diberi namun tidak dapat kuikuti..Pendapat dan cara kita berfikir jauh berbeza.. Maafkan diri ini.. Diri ini tidak layak menegurmu..Hanya Allah jadi sandaran..Ku berdoa agar Allah membuka hatimu agar menerima caraku berpakaian dengan ikhlas.. Tidakku marah atau melenting dengan teguranmu.. Kamu bercakap mengikut pandangan matamu tetapi pandangan Allah itu yang utama.. Ketahuilah bahawa diri ini amat mencintai ayahanda dan adik-adik ana.. Tidak kumahu tarik mereka ke lembah neraka kerana penampilanku... Biar buruk di pandangan manusia tetapi indah di mata pencipta.. Kecantikan adalah sesuatu yang indah di matamu tetapi kecantikan itu subjektif.. Biarlah diri ini dengan seadanya dan tidak menjadi orang lain..

Sedih tika ku lakarkan cebisan kisah ini.. Dirimu tidak mahu bersua denganku kerana penampilanku.. Mungkin diri ini jijik pada pandanganmu.. Dirimu juga berkata rimas melihat diriku.. Ya Allah,tabahkanlah hatiku tika Kau timpakan ujian padaku.. Senyuman ini terlakar di wajahku walaupun pedih menusuk hatiku.. Kuhiaskan diriku dengan sekuntum senyuman yang ikhlas serta doa yang berpanjangan..Kamu tidak suka dengan perempuan malu seperti diriku... Walau apa pun terjadi, kudoakan yang terbaik untukmu.. Semoga kamu berjaya di dunia dan di akhirat.. Semoga kamu terus melakar kejayaan di persada dunia..  Mengenalimu suatu kenangan yang pasti tidak kulupakan.. Titis air mata laju membasahi pipi tatkala hilang pada pandangan matamu...Sekian..

Wassalam w.b.t.

No comments: