Tuesday, February 26, 2013

~ Syukur ~


 

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kita bertemu di alam maya ini.. Sesudah lama ana menyepikan diri kerana sibuk dengan pelbagai perkara yang menuntut seribu pengorbanan dan kesabaran.. Hehe.. :) Alhamdulillah , syukur kepada-Nya kerana masih diberi ruang dan masa untuk menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam ciptaan-Nya.. Subhanaallah... Cantik dan sejuk mata memandang... Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Jari jemari kian laju menekan keyboard setelah lama niat di hati ingin menulis beberapa garapan kehidupan ini.. Alhamdulillah,satu berita yang amat menggembirakan ana serta keluarga.. Syukur ke hadrat Illahi atas limpahan rezeki yang Allah berikan.. Air mata menitis membasahi pipi dan pelukan mesra seorang ibu sangat menghibakan hati ini.. Alhamdulillah setelah sekian lama ana mencuba, Allah sudi memberikan limpahan rezeki yang amat ana syukuri... Ana melihat wajah kebahagiaan ayahanda dan bonda serta adik-adik... Mereka merupakan insan-insan yang banyak memberi dorongan dan motivasi.. Hadir di kala ana memerlukan dan memberikan motivasi agar ana dapat melakar suatu kejayaan..Alhamdulillah,ana sebak tatkala melihat rezeki yang Allah berikan kepada ana.. Terima kasih kepada rakan-rakan serta sahabat yang banyak membantu ana selama ini.. Tidak jemu memberikan kata-kata semangat serta ada di kala susah dan senang.. Buat salah seorang sahabat ana yang berada jauh di mata, terima kasih sahabat... Kerana anda salah seorang yang amat berjasa dalam diri ini.. Kuntuman doa sentiasa mekar buatmu ..

Ana mahu ucapkan Selamat Hari Lahir buat sahabat ana, Siti Aisyah... Sanah Helwah ya ukhty.. Ana uhibbuki fillah abadan abada.. Semoga kamu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat ..Insyaallah.. Ana janji ana sentiasa ada di sisi kamu di kala susah dan senang.. Semoga Allah memberkati setiap langkah dan tingkah kita dalam menuju cinta-Nya.. Marilah sama-sama kita meniti perjalanan ini dengan penuh keikhlasan dan ketaatan kepada-Nya.. Ukhty yang amat ana kasihi kerana Allah, pertemuan yang Allah ciptakan antara kita memberikan seribu kemanisan dan kebahagiaan kepada ana..Ana doakan agar kita sama-sama melakar bahagia hingga ke pintu syurga.. Insyaallah..

Debaran kian terasa ,,Takut menguasai diri.. Ya Allah,permudahkanlah bingkisan perjalanan hidupku .. Semoga daku mampu menjadi hamba-Mu yang taat pada perintahMu dan meninggalkan segala larangan-Mu.. Insyaallah.. Lindungilah keluargaku ya Allah..Jagalah ibu bapaku seperti mana mereka melindungiku dan menjagaku selama ini.. Ya Allah,berikanlah mereka kesihatan yang baik serta permudahkanlah urusan mereka dalam menuju cinta-Mu.. Sesungguhnya daku amat merindui,menyayangi dan mencintai segenap jiwaku ini.. Walaupun jauh memisahkan kita,kasih sayang anakanda buat bonda dan ayahanda sentiasa mekar dan berkembang harum buat kalian.. Tatkala bicara tentang mereka ,hati ini dipagut pilu dan terasa ingin terbang untuk bersama mereka.. 

Tanggungjawab yang tergalas di bahuku membuatkan ana semakin kuat dan tabah menongkah arus yang kian mendatang.. Biarpun terasa ingin pulang,namun pesanan dan azimat yang dibekalkan oleh keluarga menjadi kekuatan untuk ana meneruskan kehidupan di sini.. Sedih,pilu, rindu buat keluarga tidak pernah surut .. Doa dan iringan restu ayahanda dan bonda bersama diri ini untuk berjuang di medan ilmu..Ya Allah,tatkala diri ini lemah,siramilah diri ini dengan kasih sayangMu yang tiada bertepi.. Tatkala diri ini ternoda dengan selautan kemewahan dunia,Kau sucikanlah daku dengan limpahan rahmatMu.. Tatkala diri ini lalai terhadapMu, sedarkanlah daku dengan hidayahMu yang Maha Luas... Ya Allah,seandainya diri ini masih terkapai-kapai mencari laluan hidup, bimbinglah diri ini dengan kalamMu yang indah ...

Ana bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang baik dan menuntun ana ke arah cinta-Nya..Selalu mengingatkan diri ini dengan kekuasaan-Nya.. Memberi motivasi tatkala diri berasa jatuh dan kecewa.. Terima kasih di atas segala pemberian-Mu terhadapku... Sahabat itu umpama penawar tatkala kesakitan merebak di seluruh tubuh.. Sahabat yang beriman ibarat matahari yang menyinari alam yang terbentang luas.. Sahabat yang setia ibarat udara yang kita gunakan untuk bernafas.. Sahabat yang mendorong sahabatnya untuk melakukan kebaikan ibarat sang bulan yang menghiasi dada langit yang kelam.. Buat sahabat-sahabatku, terima kasih kerana sudi bersamaku di kala susah dan senang.. Tatkala jatuh dan rebah.. Tatkala tangis dan ketawa.. Hanya Allah yang mampu membalas setiap kebaikan yang kalian berikan...

Buat sahabatku yang menghadapi masalah dalam perhubungan.. Percayalah dengan janji Allah.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.. Jangan ditangisi andai pemergian itu berlaku kerana cinta kepada-Nya kerana apabila kita mencintai-Nya pasti Allah akan menghadiahkan kita orang yang turut mencintai-Nya.. Jodoh itu akan datang apabila tiba saat dan detiknya.. Yakin dengan segala ketentuan-Nya.. Kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan... Allah akan memberi apa yang kita perlu biarpun terasa kepahitan pada permulaannya.. Kemanisan di pengakhiran akan membuatkan kita rasa bersyukur dengan segala kurniaan-Nya.. Sekiranya telah ditetapkan jodohmu itu, segala perancangan akan dipermudahkan .. Banyakkan berdoa dan serahkan segalanya kepada Dia .. Doakan yang terbaik dan terimalah qada dan qadar yang telah Allah tentukan untukmu.. Insyaallah pelangi indah akan muncul setelah hujan badai datang melanda.. Ana doakan agar Allah mempermudahkan segala urusanmu serta memberikan yang terbaik untukmu.. Ana uhibbukifillah ya ukhty..

Sekian dahulu buat kali ini.. Andai ada coretan yang mengguris hati,ke susun sepuluh jari memmohon ampun dan maaf.. Seandainya ada bicara yang mencalar perasaan,maafkan ana hamba yang serba kekurangan.. Salam ukhuwah dari ana..

Wassalam w.b.t.

No comments: