Sunday, April 17, 2011

~ BerTEmU KemBaLi~

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh......


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini.Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi ana limpahkan.Semoga amalan dan ibadah kita semakin bertambah dari hari ke hari.Insyaallah.

Pertama sekali,ana ingin memohon jutaan kemaafan kepada sahabat-sahabat ana dan sesiapa yang mengenali ana.Jutaan kemaafan ana hulurkan.Buat pengetahuan kalian,esok adalah hari pertama peperiksaan yang perlu ana tempuhi.Takut+getar+berdebar kian melanda diri ana. Pelbagai rasa kian menghimpit jiwa..Masyaallah...

Ya Allah,hanya padaMu daku berserah segalanya..Sesudah daku berusaha dan berdoa, daku bertawakal kepadaMu..Ya Allah,permudahkanlah urusan daku dan berikanlah kejayaan di dunia dan di akhirat..Insyaallah...

Buat ayahanda dan bonda,ampunilah dosa anakanda pada ayahanda dan bonda..Iringilah doa buat anakanda untuk pergi ke medan pertempuran esok.. Berlinang air mata anakanda bila teringat ayahanda dan bonda..Tidak dapat anakanda mencium tangan ayahanda dan bonda untuk mendapat restu ... Anakanda rindu pada ayahanda dan bonda ... Ya Allah, lindungilah ayahanda dan bondaku serta kaum keluargaku...Sesungguhnya daku jauh dari mereka..

Buat temanku,terima kasih kerana menjadi tulang belakang diri ana .Di saat daku lemah,dikau sentiasa memberikan kata semangat...Kehadiranmu amat bererti buat diriku..Temanku, daku hanya mampu menghulurkan doa buat dirimu..Terima kasih atas segalanya...Sekiranya daku mulai lalai dan lupa,tegurlah daku kerana daku hanya manusia biasa yang lemah...Semoga bahagia menyelimuti dirimu...

Buat sahabat-sahabatku yang  mengambil Pendidikan Khas sidang 2010-2014 Universiti Sains Malaysia,bittaufik wannajah..Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar kejayaan menjadi milik kita semua..Insyaallah...Terima kasih buat kalian semua kerana sudi membantu saya dalam kelas..
May Allah Bless Us..

Salam imtihan buat semua...

No comments: