Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Buat tatapan sahabat sekalian..Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada buku ~ Sakaratul Maut dan Alam Kubur ~..
Berdebar rasa hatiku apabila melihat tajuk buku ini..Ana rasa terpanggil untuk membaca dan menghalusi ilmu yang terkandung dalam buku ini..Masyaallah,hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui betapa kerdilnya diriku apabila membaca buku ini...Betapa banyaknya dosa yang ana lakukan sepanjang 21 tahun ana hidup di muka bumi ini...Ya Allah,berikanlah kesempatan buatku untuk memperbaik diriku serta membuat amal kebajikan sebelum malaikat maut menjemputku...
" Rasulullah telah bersabda :" Perbanyakkanlah ingatan kepada kematian yang menghapuskan segala bentuk kelazatan dunia." Diriwayatkan oleh Imam Malik dan Ibnu Majah ,bahawa seorang lelaki dari golongan Anshor bertanya kepada Rasulullah : " Mukmin yang bagaimanakah yang paling utama ?" Rasulullah menjawab : " Yang lebih baik akhlak budi pekertinya ". Orang itu bertanya lagi :" Mukmin yang bagaimanakah yang lebih pandai ? " Rasulullah SAW menjawab lagi : " Yang lebih ramai di antara mereka ingat kepada kematian,dan yang melakukan persiapan setelah ingat kepada kematian.Merekalah yang terpandai " .
Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Dahulu aku pernah melarangmu melakukan ziarah kubur,namun sekarang silakan kamu berziarah,kerana dengan ziarah itu menumbuhkan sikap zuhud kepada dunia dan juga akan ingat kepada akhirat.
CARA MATI ORANG YANG BERIMAN
Ibnu Majah r.a dan beberapa Ahli Hadith lainnya meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda "Orang yang beriman akan mati dengan keringat di dahi ."Imam Tirmidzi dalam kitabnya telah menyebut ,dari Salman Al-Farisie r.a beliau berkata ,bahawa Rasulullah SAW bersabda " Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara :
1 ) Bila dahinya berkeringat
2 ) Air matanya berlinangan
3 ) Hidungnya keluar hingus ,maka hal tersebut penanda rahmat Allah untuk si mayat
Ketika Allah mengampuni dan memaafkannya maka dia tersipu-sipu dengan rasa malu hingga berkeringat.
Abduliah Ibnu Mas`ud berkata,kadang kala kerinagt orang yang beriman itu petanda masih adanya sisa dosa yang ada padanya,kemudian dibersihkan pada waktu sampainya kematian.
MENUJU KE ALAM BARZAKH
Alam barzakh ialah masa sejak roh itu berpisah dari tubuh sampai hari berbangkit . Allah berfirman dalam Al- Quran seperti berikut
Maksudnya : " Dan di belakang mereka itu barzakh sampai hari berbangkit "
( Al-Mukminun : 100 )
Hadith Abi Al- Hajaj r.a. mengatakan : Rasulullah bersabda : " Ketika mayat itu diletakkan di dalam kubur,maka kubur itu berkata sambil mengeluh : " Aduhai,anak Adam..Apakah engkau tidak tahu bahawa aku ini rumah fitnah ,rumah gelap,rumah sempit dan dingin,rumah cacing ? Apakah engkau tidak menduga ketika lalu di atas punggungku? Kalau sekiranya mayat hamba yang soleh,maka dia akan menjawab dengan baik. Kata kubur itu lagi: Apakah engkau mengerjakan amar makruf,nahi mungkar? Aku mengubah tubuhmu menjadi rumput hijau ,membuat jasadmu menjadi nur dan menaikkan rohmu ke hadrat Allah Taala.
(Riwayat Thabarani )
Di sanalah tubuh berbaring .Di tempat gelap dan dingin.Seluruh tubuh akan dimakan ulat,mata dan telinga akan menjadi sarang cacing. Adapun bagi orang yang beriman dan beramal soleh ,lahat itu serasa tidur di tilam sutera,sedang dan nyaman,dan tekanan kubur itu serasa pangkuan ibunya. Demikianlah sabda Rasulullah.
Hadith Abi Hurairah r.a. mengatakan :Bersabda Nabi SAW yang bermaksud : Orang mukmin itu di dalam kuburnya seperti di dalam kebun yang hijau. Kuburnya terasa lapang tujuh hasta persegi,terang benderang seperti cahaya bulan purnama.Tahukah kamu dari hal ayat yang berbunyi " maka bahawasanya dia berkehidupan sempit " jawab sahabat sahabat : Allah dan Rasulullah yang lebih mengetahui .Kata Nabi SAW ialah orang kafir itu di azab dalam kuburnya . Di bawah kekuasaan sembilan puluh sembilan tanin. Tahukah kamu,apa yang dimaksudkan dengan tanin? Iaitu sembilan puluh sembilan ekor ular yang mempunyai tujuh kepala. Ular itu melilit dan menyembur tubuhnya hingga hari kiamat.
PERISTIWA KIAMAT
Firman Allah SWT : Ertinya" Apabila langit telah belah. Dan dia mengikuti perintah Allahnya.Dan bila bumi itu datar ."
( Al-Insyiqaq: 1-3 )
Firman Allah SWT : Ertinya " Bila matahari itu digulung .Bila bintang-bintang telah berjatuhan .Bila gunung-gunung telah berterbangan .Bila laut telah panas. "
( At-Takwir : 1-6 )
Di dalam kedua surah ini dinyatakan bahawa kiamat itu ialah hancurnya alam ini. Matahari digulung, langit pecah menjadi minyak,bumi akan datar,gunung-gunung akan berterbangan seperti kapas diterbangkan angin. Laut panas mendidih kemudian kering dan tertimbun dan bintang-bintang akan berjatuhan. Matahari ,bintang-bintang,bulan dan bumi akan berantakan ,pecah,hancur dan kemudian lenyap.
Firman Allah SWT : Ertinya" Apabila langit telah belah. Dan dia mengikuti perintah Allahnya.Dan bila bumi itu datar ."
( Al-Insyiqaq: 1-3 )
Firman Allah SWT : Ertinya " Bila matahari itu digulung .Bila bintang-bintang telah berjatuhan .Bila gunung-gunung telah berterbangan .Bila laut telah panas. "
( At-Takwir : 1-6 )
Di dalam kedua surah ini dinyatakan bahawa kiamat itu ialah hancurnya alam ini. Matahari digulung, langit pecah menjadi minyak,bumi akan datar,gunung-gunung akan berterbangan seperti kapas diterbangkan angin. Laut panas mendidih kemudian kering dan tertimbun dan bintang-bintang akan berjatuhan. Matahari ,bintang-bintang,bulan dan bumi akan berantakan ,pecah,hancur dan kemudian lenyap.
No comments:
Post a Comment