Thursday, August 30, 2012

~ Terima kasih sahabat ~



 

 
Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana pada pagi yang indah ini ana boleh meluangkan sedikit masa khas untuk sahabat-sahabat ana. Alhamdulillah kerana Allah masih mengizinkan kita berada di muka bumiNya ini..Alhamdulillah ,kita masih diberi kesempatan untuk beribadah kepadanya dengan sisa hidup yang diberikan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia , Nabi Muhammad S.A.W.

Entri ana tujukan buat sahabat-sahabat ana tidak kira yang mengenali ana secara langsung mahupun sahabat yang berada di alam maya ini.Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekalian kerana sangat baik dengan ana dan menyokong ana dari belakang. Jasa baik sahabat-sahabat sekalian tidak mampu ana balas. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Kuntuman doa insyaallah sentiasa mekar buat sahabat-sahabat sekalian.Jazakaallahu khairan kasira.

Seorang sahabat yang baik diibaratkan seperti penjual minyak wangi. Walaupun sekit pasti terpalit wangiannya. Alhamdulillah. Buat sahabat-sahabat sekalian, sekiranya sahabat-sahabat mempunyai masalah ataupun memerlukan pendengar ,insyaallah ana boleh meminjamkan telinga untuk membantu sahabat-sahabat.Insyaallah ,ana akan cuba membantu dengan sedaya upaya. 

Sahabat,andai ada tutur bicara yang mengguris hati,ana pohonkan jutaan kemaafan.Andai ada tingkah laku yang menghiris jiwa ,ana pohonkan kemaafan..Andai ada senda gurau yang mencengkam sukma ,ana pohonkan kemaafan. Maafkan ana dengan seikhlasnya. Kadang-kadang ana tidak sedar bahawa ana telah menyakitkan hati sahabat-sahabat ana . Ana hamba yang lemah lagi dhaif. 

Seandainya terdapat kesalahan atau kesilapan yang ana lakukan,tegurlah ana. Ana akan terima teguran dengan rasa syukur. Ana akan cuba memperbaiki diri ana agar menjadi lebih baik dari hari ke hari. Insyaallah. Ana bersyukur sekiranya sahabat sudi menegur ana kerana ana tidak tahu atau tidak sedar dengan kesalahan atau kesilapan tersebut, 

Kepada sahabat-sahabat,sekali lagi ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segalanya. Semoga Allah merahmati setiap degupan jantung sahabat-sahabat sekalian. Semoga Allah mempermudah segala urusan kalian. Semoga kalian berjaya di dunia mahupun akhirat. Insyaallah.  Semoga kita dapat bertemu lagi di dalam entri yang akan datang. Insyaallah sekiranya dipanjangkan umur..

Salam ukhuwah dari ana yang kejauhan..

Wassalam..

No comments: