Monday, September 3, 2012

~ Haruman Kasihku ~



Alhamdulillah ..Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih dipertemukan dalam entri ini. Alhamdulillah ya Allah.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Malam ini mata tidak mahu terpejam akibat minum kopi..Ayahanda meminta ana membuat kopi namun akibat kesibukan yang melanda dirinya,kopi dibiarkan di atas meja. Pelbagai kerja yang menanti untuk dilakukannya. Ayahanda ana tidak tahu duduk diam.. Hehe.. Setelah melihat kopi itu dibiarkan sepi,ana minum kopi tersebut dan ayahanda bertanya mana kopi yang dipintanya.. Maafkan anakanda ya ayahanda..Kopi tersebut selamat mendiami di perut anakanda..Ampun dan maaf anakanda pinta..Ingatkan ayahanda tidak mahu minum..Kesian kopi tersebut..Hehe..

Hari ini sebak melanda jiwa. Mesej dengan anak murid membuatkan pelbagai rasa yang bertamu di jiwa . Gembira+sedih+risau+rindu dan banyak lagi perasaan yang melanda diri ini. Masyaallah begitu hebat penangan anak murid kepada cikgunya.Walaupun perkenalan itu sekejap cuma namun ukhuwah yang bersemi kerana Allah itu terasa indah. Sebulan itu terasa amat bererti buat ana. Ya Allah,sungguh indah pertemuan dan perpisahan kerana Allah..

Tika entri ini dicipta,air mata bergenang membasahi pipiku..Rindu buat kalian.Cikgu rindu akan anak murid cikgu..Cikgu rindu keletah kalian..Cikgu rindu senyuman kalian..Cikgu rindu mahu bermain dengan kalian..Ya Allah,sampaikan salam rinduku pada buah hati penawar jiwaku.. Pelajar yang sentiasa membuatkan ana tersenyum dan mengalir air mata.. Air mata keriangan dan kegembiraan. Pelbagai suka dan duka kita kongsi bersama. Masyaallah..Kenangan bersama terlayar di mata..

Mesej mereka membuatkan ana sebak..Hari-hari yang ana lalui sunyi tanpa kalian .. Sebelum ini ana boleh bertemu dengan mereka setiap hari .Panggilan cikgu sudah membuat ana terasa kesedihannya.. Insyaallah,kami akan bersua jua nanti..Ana rasa tidak sabar untuk mengajar namun ana masih mempunyai tuntutan sebagai pelajar lagi. Masih belum tiba masanya untuk ana berkhidmat sebagai guru..Ana masih seorang pelajar yang memburu ilmu pengetahuan agar menjadi bekalan untuk masa hadapan. Ana masih dalam proses mempelajari pelbagai perkara terutama dalam bidang yang ana ambil..

Ana sememangnya suka dengan budak-budak.. Sangat suka terutama baby.. Ya Allah..comelnye.. Subhanaallah...Sungguh indah dan cantik ciptaan Allah.. Emosinya ana pada malam ini.. Hehe.. Malunya ya Allah.. Hargailah mereka ketika mereka masih dengan kita.Bila mereka sudah hilang dipandangan mata,hati pasti akan teringat.Hargailah sesiapa pun yang hadir dalam hidup kita terutamanya ayahanda dan bonda. Mereka harta yang tidak ternilai buat kita. Mereka tiada galang gantinya. Mereka amanah yang Allah berikan buat kita .Tatanglah mereka bagai minyak yang penuh sebagaimana mereka menjaga kita sejak kita dari kecil hinggalah sekarang.

Ana sebenarnya anak yang manja dan kadang kala pening kepala ayahanda dan bonda dengan kerenah ana. Ayahanda ana pula suka mengusik ana dan membuat ana ketawa dan geli hati. Susah nak marah tetapi sekali marah alamakkk takutnya ana..Sekarang ayahanda susah nak lepaskan ana pergi ke mana pun. Risau katanya namun ana tidak merasakan itu sebagai konkongan kerana ana suka begitu. Ayahanda dan bonda sangat menjaga batas pergaulan ana dan kata-kata itu ana jadikan sebagai teladan yang menjadi pagar diri ini.Syukur alhamdulillah kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa menjaga ana dengan baik.

Ayahanda dan bonda selalu berpesan berbagai pesanan kepada ana. Insyaallah ayahanda dan bonda pesanan itu tersemat dalam diri ini. Petang tadi ana teringin hendak makan bihun sup dan meminta izin untuk ke pasar malam.Ayahanda ana tidak membenarkan ana pergi dan ana pun bersedih.. Teringin sangat-sangat nak makan bihun sup siam..Kesian dekat ana kan?? Minggu depan ana sudah mahu balik kampus..Bonda pun tak izinkan ana keluar kerana katanya keputusan di tangan ayahanda. Sedih namun ana pasrah ..Kecewa sebenarnya namun keputusan ayahanda mestilah diikuti.. Baik ayahanda dan bonda,anakanda mengerti..

Tidak lama kemudian ayahanda menyuruh ana bersiap..Ya Allah..Syukur alhamdulillah... Ayahanda hendak membawa ana ke pasar malam..Itulah hikmahnya..Kalau pergi sendiri kena naik motor tapi kalau pergi dengan ayahanda duduk je atas kereta. Terima kasih ayahanda.Terima kasih ya Allah. Esok ada tetamu dari jauh hendak datang ke rumah. Rumah kena kemas dengan rapi dan esok juga  kena memasak makanan yang special untuk tetamu. Apa juadahnye ya? Ana belum memikirkannya lagi tetapi kemungkinan bonda sudah tahu juadah apa yang hendak disajikan kepada tetamu. 

Sedihnya hati ini mengenangkan minggu depan ana sudah mahu pulang ke kampus..Meninggalkan keluarga di kampung..Ya Allah,tabahkanlah hati hambaMu ini..Belum pergi sudah merindukan family ana..Teruk kan ana? Hehe..Homesick tidak dapat dipisahkan..Bagaimana kalau sudah bekerja nanti ya? Setiap minggu balik ? Hehe..Seminggu lagi..Ohh tidak...

Sudah panjang entri ana kali ini. Ana sudahi entri kali ini dengan wassalam..

: )

2 comments:

Rintihan HambaMu said...

seronok membaca..^_^

Bisikan Nuraniku said...

Assalamualaikum w.b.t. terima kasih srikandi permata..rajin-rajinlah melawat ana di sini ya..