Tuesday, October 2, 2012

~ Diariku~



Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambaNya. Kita masih di sini dengan nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur di atas rahmat dan kasih sayangNya kepada kita. Alhamdulillah,kita masih diberi kesempatan untuk melihat ciptaanNya yang begitu indah. 
Sudah lama ana membiarkan blog ini sunyi dan bersawang.Maafkan ana kerana ana begitu sibuk dengan tugasan harian.Kadang kala hanya sempat melihat blog ini.Rasa ingin mengemaskini blog tetapi mempunyai kesempitan masa untuk membuat demikian.Pada malam ini,ana boleh mengemaskini blog ini dengan pelbagai rasa yang bertamu di hati.Pelbagai persoalan berselirat di minda ana..
Sejak kebelakangan ini,ana selalu pulang ke rumah.Hujung minggu bersama keluarga yang tersayang.Bagi ana,mereka adalah harta yang paling bernilai bagi ana dan tiada galang gantinya. Walaupun ana berada jauh daripada mereka,namun hubungan kekeluargaan boleh disemarakkan dengan telefon dan internet. Rindu pasti bertamu walaupun baru sekejap meninggalkan keluarga. Bonda ana tidak berapa sihat dan ana sangat bimbangkannya. Bila ana balik,ana dapat meringankan bebannya untuk melakukan tugasan suri rumah dan memberikan kata-kata semangat kepadanya. Ana tahu kadang-kadang bonda dan ayahanda risau kerana ana asyik pulang ke rumah namun itu lebih membahagiakan ana daripada ana risau di kejauhan. Mereka takut ana mengabaikan pelajaran ana di sini namun percayalah wahai ayahanda dan bonda,anakanda masih mengingati tanggungjawab dan amanah anakanda sebagai pelajar. Ayahanda dan bonda tetap menjadi keutamaan anakanda.

Pelbagai topik yang menjadi bualan hangat ana dan sahabat-sahabat namun ada satu persoalan yang ditanya oleh sahabat ana mengenai jodoh.Wahh,tajuk yang sinonim dengan remaja. Beliau ingin membina baitul muslim. Ana sangat kagum dengan cita-citanya untuk membina masjid di pada usia muda. Bagi ana tidak salah untuk membina masjid sekiranya beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab .Insyaallah,ana yakin beliau sudah mempersiapkan diri dan seorang gadis yang solehah. Senyumannya manis dan pandai orangnya. Salah seorang sahabat ana telah dipilih oleh teman sekelas untuk dijadikan calon isteri. Ana berasa kagum dengan kesungguhan jejaka tersebut dan meminta izin daripada ibunya untuk berkawan. Walaupun jejaka tersebut berasa malu,namun beliau tampil dengan kesungguhan dan keikhlasan untuk menyunting sahabat ana menjadi isteri. Restu ibu bapa sangat penting dalam sesebuah perhubungan. 

Jodoh itu rahsia Allah dan terhijab. Apabila tiba waktu dan detiknya,hijab itu akan terbuka dan kita pasti sudah bersedia untuk melangkah ke alam yang seterusnya. Susah untuk bertemu dengan pasangan yang dapat menerima kelemahan dan kelebihan pasangannya dengan ikhlas. Bila orang bertanya kepada ana tentang jodoh,ana tersenyum dan ana yakin dengan janji Allah. Biarlah ana melihat sahabat-sahabat ana melangkah ke alam perkahwinan terlebih dahulu kerana ana perlu mentarbiahkan diri untuk menjadi seorang gadis yang lebih baik terlebih dahulu. Berusaha untyuk menjadi seorang gadis yang solehah agar dapat menenangkan dan membahagiakan suami kelak. Mempersiapkan diri bukanlah suatu yang mudah tetapi berusaha dengan sebaik mungkin agar sama-sama mendapat berkat dan redha Allah. Menuju cinta yang abadi..Cinta kepada Allah dan mencintai orang yang mencintai Allah.Ana bahagia melihat sahabat-sahabat ana bahagia .

Minggu hadapan,anak-anak murid ana akan datang ke Universiti Sains Malaysia dan ana berasa sangat bahagia dan gembira. Rindu dengan keletah dan senyum tawa mereka. Kami pernah berkongsi rasa suka dan duka bersama.Ya Allah,selamatkanlah perjalanan mereka ke sini dan permudahkanlah segala urusan kami di sini. Bukan mudah untuk menguruskan sesuatu program tetapi kami akan berusaha untuk menjayakannya dengan sebaik mungkin. Insyaallah. Semoga kehadiran mereka ke sini memberikan suatu pengalaman baru .Ya Allah,tidak sabar rasanya hati ini untuk bertemu dengan semua buah hatiku..

Sekarang ana mahu berbicara tentang persahabatan. Sahabat sejati susah untuk diperolehi namun sahabat tika suka pasti senang ditemui. Ya Allah,kurniakanlah kepada kami sahabat yang mencintaiMu..Sahabat yang ikhlas dalam menjalani kehidupan kerana takutkan balasan nerakaMu, Sahabat yang sentiasa mencari ruang untuk mencapai syurgaMu..Sahabat yang sentiasa menasihati kami tika kami lalai dalam menunaikan tanggungjawab kami sebagai hambaMu... Ya Allah, pimpinlah hati-hati kami untuk sama-sama berjuang demi agamaMu..tunjukkanlah kami jalan-jalan yang menjurus kami ke arah cintaMu..Lindungilah kami dari kemurkaanMu..Titipkanlah kasih sayangMu kepada kami dalam menunaikan amanahMu..Amin..
Sahabat yang sejati akan sentiasa di sisi kita tidak kira suka mahupun duka.. Sahabat yang sejati akan menenangkan kita di saat kita kegelisahan. Sahabat yang sejati akan menyirami jiwa kita dengan kata-kata yang indah dari kalam Tuhan. 

Mata sudah memberat..Banyak perkara yang ingin ana ceritakan namun mata sudah ingin terlelap.Esok ana ada kelas pagi.Sahabat-sahabatku..Jaga diri..Jaga Iman..Semoga Allah memberkati dan memberikan sinar kebahagiaan kepada anda semua.. Salam ukhuwah fillah dari ana.. 

Wassalam ..

No comments: