Saturday, November 17, 2012

~ KunTuMan MeKar di JambaNgan ~



Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih diberi kesempatan daripadaNya untuk menikmati hidup ini. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah atas nikmat sihat dan masa lapang ini. Syukur kepadaMu. Salam rinduku pada kekasih agungMu, Nabi Muhammad S.A.W.

Bertemu lagi kita di alam maya ini. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk mengemaskini blog yang bersawang ini. Lama sudah ana ingin menulis atau mencoret bisikan nuraniku di dinding blog ana ini. Alhamdulillah,kini tiba masanya ana untuk mengemaskini blog ini. Syukur ke hadrat yang Maha Esa kerana masih diberikan kesempatan untuk melalui fasa kehidupan yang penuh dengan suka dan duka. Semuanya mematangkan diri ini dari hari ke hari. Semakin mengenali intan mahupun kaca serta boleh mempelbagai cabang pemikiran..

Satu perasaan yang menyelinap di hati dan membuatkan ana resah dan gelisah. Entah kenapa diri ini berasa sebegini. Tetapi ana harap sahabat-sahabat jangan ketawakan ana dan ana merasakan perkara ini seperti luar jangkauan akal ana sebagai hamba yang lemah. Ana teringat seseorang yang tidak ana kenali serta tidak tahu keberadaannya di mana. Sungguh pelik hati ini. Kenapa ya? Rasa ingat dan rindu tetapi tidak tahu siapa orangnya. Pernahkan sahabat-sahabat mengalami perkara yang sama? Tidak pernah ana rasa sebegini..Tidak tahu orangnya siapa dan di mana dia sekarang? Masyaallah ujian..dugaan buat ana.. Siapakah insan tersebut?? Ohh , teringin hati ini mengetahui siapakah orangnya??  Tetapi masih terhijab..

Alhamdulillah ..Anak-anak murid yang comel sudah datang ke tempat ana belajar.. Sungguh gembira dan bahagia perasaan ini. Walaupun letih dan penat,ana rasa sangat puas hati dapat menguruskan sesuatu perkara yang tidak ana jangkakan .. Seronokkk dan dapat berjumpa dengan anak murid memberikan sejuta rasa bahagia...Alhamdulillah,penawar duka dan buah hatiku yang seramai 31 orang datang.. Melihat wajah mereka memberikan ketenangan . Pada suatu malam,salah seorang mereka menelefon ana ..Excited..Dapat berbual dengan dia.. Rindu.. Tapi ana kena tegur dengan bonda apabila berbual terlalu lama dengan anak murid ana..Takut habis kredit dan apa pula kata ibu bapa murid tersebut..Betul jugak kata bonda.. Terima kasih bonda kerana memberikan teguran kepada anakanda..

Seminggu ini ana begitu sibuk melayan tetamu yang datang dari jauh.Pada hari isnin sehingga hari rabu,ibu saudara serta sepupuku dari Johor datang rumah. Sudah lama mereka tidak bertandang di rumah ana. Rumah ana riuh rendah dengan keletah tiga orang anak saudaraku.. Ana tidak melepaskan peluang ini untuk bermain dengan anak sepupu ana. Tahun lepas ana menghadiri majlis perkahwinannya dan sepupu itu sama umur dengan ana..Seronok tengok sepupu ana yang sudah membina baitul muslim dan dikurniakan seorang anak yang keletah dan sangat comel..Nur Fiona Irdina,akak (oppss silap ,mak long ) dah rinduu sangat kat Fiona.. Bayi yang mudah dijaga dan tidak kisah duduk dengan siapa sahaja.. Comellnyee.. Geram sangat-sangat.. Ana sememangnya sangat suka dengan bayi dan kanak-kanak.. Bermain dengan dia dan dapat cubit pipi Fiona..Keletah Aqil dan Danish pun tidak kurangnya yang manja.. Danish manja dan mahu kita beri tumpuan pada dia.. Aqil pula petah berkata-kata.. Sunyi rumah tanpa kehadiran mereka..

Ana sekeluarga membawa mereka pergi ke Padang Besar . Mereka ingin membeli banyak barang tetapi bonet kereta dah penuh..Mereka kata barang dekat Padang Besar murah.. ada sesetengah tempat..Dan ana juga sempat membeli beg .Sempat lagi.. Ummi Fiona sempat mengorek rahsia tentang ana semasa membeli di Padang Besar. Ana cukup bahagia bersama keluarga besar ana. Tempat ana semestinya di dapur..Memasak juadah teristimewa untuk tetamu yang datang berkunjung di rumah. Kami sempat bergambar sebelum mereka balik . Sedih sangat apabila mereka mahu pulang.Mereka akan singgah ke Tambun untuk mandi manda di sana.

Pada hari Khamis pula ,sahabat ayahanda dari Pahang pula yang datang ke rumah. Alhamdulillah setelah berpuluh tahun tidak bersua,mereka dapat menjalinkan ikatan yang sudah lama terpisah. Ana hanya duduk di dapur kerana malu sangat. Ana menyediakan juadah untuk mereka bersama adik dan bonda. Satu yang membuatkan ana kagumi dengan keluarga ini ialah kesabaran dan ketabahan ibu dan bapa mendidik anak yang ramai. Mak cik dan pak cik mempunyai sepuluh orang anak. Rumah ana kembali riuh dengan suara kanak-kanak. Mereka bebas berlari dan berkejaran di laman rumah serta menikmati keindahan sawah padi. Seronok hati ana melihat mereka. Tetapi ada sesuatu yang memuatkan ana terkilan kerana ana tidak sempat berbual dan beramah mesra dengan salah seorang anak mak cik dan pak cik. Anak yang istimewa.Ana seorang yang sangat pemalu dan disebabkan itu ana hanya duduk di dapur . Dan satu lagi yang ana kagumi ialah sifat tanggungjawab seorang abang terhadap adik-adiknya. Kasih sayang antara mereka terserlah dan ana amat mengagumi keluarga ini. Mereka saling membantu dalam apa jua urusan. Mereka hanya datang sementara sahaja dan selepas makan tengah hari,mereka terus ke destinasi mereka iaitu Padang Besar. 

Walaupun penat tetapi ana sangat gembira. Melayan kerenah budak-budak dan dapat mengeratkan silaturrahim. Sekarang rumah sudah kembali sunyi. Tiada kanak-kanak yang riang ria berlari dan menjerit keseronokan. Bila kesunyian,pasti akan teringat kenangan dulu-dulu yang menggamit memori. Suka duka tempuh bersama. Tadi bersembang dengan seorang rakan lama sekolah menengah. Walaupun kami hanya mengenali dalam tempoh setahun setengah tetapi hubungan kami sangat akrab. Sekarang masing-masing sudah berjauhan. Kami belajar erti rindu.Rindu pada sahabat yang banyak mencorakkan kebahagiaan dan senyuman dalam diri ini. Kami bersama-sama belajar dan berjanji untuk memasuki universiti. Alhamdulillah,impian kami semua tercapai.Kami bergelak ketawa,usik mengusik,kata-mengata,dan tersenyum bersama. Kesedihan juga kami rasai bersama. Ya Allah,sungguh hati ini rindu akan sahabat-sahabatku. Walaupun kami berjauhan tetapi hati kami sentiasa dekat.Kami berbeza karakter namun itu bukan penghalang untuk kami menjadi sahabat baik. 

Ana masih mengingati kenangan-kenangan lagu yang mengusik hati. Ya Allah,hambaMu memohon kepadaMu  agar menjaga seorang sahabatku yang berada jauh dari penglihatanku.., Jagalah dia..Jagalah imannya agar sentiasa berada di jalanMu..Mengingatimu dan berbakti kepada kedua orang tuanya..Jagalah dia dari sebarang musibah..Bimbinglah hatinya tika dia lalai dengan perintahMu. Tunjukilah dia jalan yang diredhai olehMu serta berikanlah petunjuk kepada dia. Ya Allah,Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Saat untuk berpisah dengan keluarga bakal tiba dan waktu itu adalah waktu yang sedih bagi ana. Namun,tanggungjawab ana sebagai pelajar belum selesai dan ana mesti belajar bersungguh-sungguh. Harapan keluarga tergalas di bahuku dan ana juga harus memberikan contoh teladan yang baik buat adik-adik ana. Keputusan UPSR akan keluar tidak lama lagi. Adik ana pasti berdebar untuk mengambil keputusan nanti. Ya Allah,semoga dipermudahkan urusan. Adik,walau apa pun keputusan yang adik dapat,kakak tetap bangga denganmu .. Akak berdoa agar adik mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.Walaupun kadang-kadang kita bergaduh manja namun dalam sudut hati akak sangat sayangkan adik akak.. Adik akak dunia akhirat. I"m proud of u..

Untuk adik akak yang bakal menghadapi peperiksaan STPM, semoga berjaya. Sesudah berusaha, banyakkan berdoa .Insyaallah,kejayaan pasti akan mengiringimu adik. Walaupun kita sering tidak bersependapat namun akak tetap menyayangimu setulus hati akak.. Walaupun adik tidak rapat dengan akak. tetapi akak mahu adik tahu bahawa akak sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaanmu.. Akak mahu adik kuat menghadapi dugaan yang Allah beri di saat adik bakal menghadapi peperiksaan . Akak tahu adik akak kuat dan tabah.

sudah panjang entri ana pada kali ini . Maaf sekiranya ada tutur kata yang mengguris hati sahabat-sahabat ana.. Salam Maal Hijrah.. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari.  Insyaallah..

Wassalam w.b.t.



2 comments:

Rintihan HambaMu said...

Moga dirimu sentiasa dlm ksh syg-Nya.

Bisikan Nuraniku said...

Assalamualaikum w.b.t. Srikandi Permata.. Insyaallah.. Semoga ukhti juga berada dalam kasih sayang-Nya serta sentiasa di bawah payung rahmat Illahi..