Saturday, January 12, 2013

~ Sekuntum mawar ~



Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T. Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur di atas segala rahmat dan limpah kurnia-Nya kepada kita.. Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan kesempatan kepada kita untuk melihat dan menghayati keindahan ciptaan-Nya ini.. Subhanaallah.. Salam rindu dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. 

Mata ini masih belum mahu terpejam walaupun ana rasa ingin tidur.. Adakah disebabkan ana tidur lambat sejak kebelakangan ini untuk study? Ana sudah mendapat nasihat dan teguran daripada ayahanda dan bonda kerana tidak tidur untuk study.. Melawan fitrah manusia yang tidak tidur pada waktu malam..Cara study yang tidak betul tetapi itulah yang ana buat sejak dahulu lagi.. Degil betulkan ana? Namun sebenarnya ia tidak baik buat ana.. Ana tahu tetapi sukar betul untuk mengubah tabiat ini.. Masyaallah.. Bila last minit,kalut benar ana baca buku sedangkan sahabat-sahabat ana sudah bersedia untuk menduduki peperiksaan. 

Astagfirullahalazim..Ana mengambil kesempatan ini untuk mengemas kini blog ini walaupun baru sahaja ana update.. Apa yang ana hendah coretkan buat kali ini ye? Alhamdulillah kerana beberapa hari lagi ana akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga yang tercinta. Keluarga yang sentiasa dirindui selalu berada jauh daripada pandangan mata.. Bertemu dengan ayahanda dan bonda... Adik-adik yang jauh dari ana.. Semoga mereka sihat sejahtera dan berbahagia selalu..  Kakak tak sabar nak balik rumah untuk bersama ayahanda bonda dan adik-adik.. 

Pelbagai perasaan yang bertamu di hati.. Sememangnya kita perlu bersabar dengan setiap apa yang terjadi.. Tenangkan hati dengan merapatkan diri dengan yang Maha Esa.. Mintalah dan rayulah kepada Allah untuk dikuatkan hati dan ketenangan. Bila ada masalah yang melanda diri, cuba kita renung kembali hubungan kita.. Hubungan dengan Allah dan juga hubungan dengan manusia.. Semoga kita mampu menjadi hamba yang taat dan patuh dengan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.. Sukar untuk dilakukan namun perlu kuat untuk melawan hawa nafsu yang bersarang dalam diri kita.. Ana seorang hamba yang lemah dan sering leka dengan duniawi  namun ana perlu mengingatkan diri ana agar kuat dan istiqamah . Kadang-kadang lalai dan kadang-kadang bermotivasi.. Kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah..

Alhamdulillah ,sudah dua tahun ana bersama dengan roomate ana sekarang. Orangnya comel dan indah budi pekerti..Insyaallah.. Sedih pula mengenangkan bakal berpisah dengan ukhti yang sudah biasa dengan ana.. Namun,begitulah lumrah dunia ..Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sebak rasanya kerana ana sudah sebati dengan dia. Dia tahu perangai ana macam mana.. Ana sebenarnya manja juga orangnya..Cakap dengan ayahanda macam cakap dengan kekasih.. Sering disalah tafsir apabila mendengar ana cakap dengan ayahanda ana.. Dengan bonda pun macam itu.. Orang yang betul-betul mengenali ana tahu bagaimana sikap ana.. Tetapi sikap yang paling tebal dalam diri ana ialah pemalu..Kadang-kadang sampai kena marah kerana tak kena pada tempatnya.. Huhu... Dengan roomate ana boleh bergelak ketawa... Kadang-kadang ana boleh menjadi seorang yang sangat sensitif...

Ehh,cakap pasal diri ana pulak.. Okay,sekarang banyak kawan ana yang bakal mendirikan masjid.. Alhamdulillah,menyempurnakan separuh daripada agama.. Pada cuti semester yang akan datang,seorang lagi sahabat ana yang bakal bergelar raja sehari... Niat di hati ingin pergi namun tanggungjawab sebagai anak perlu dilunaskan.. Maafkan ana sahabat..Mungkin ana tidak dapat menghadiri walimahmu di Kelantan namun kuntuman doa untukmu sentiasa mekar dan berkembang .. Biarlah jasad kita berjauhan namun tautan hati itu sentiasa dekat dan mesra.. Insyaallah.. Wajahmu semakin berseri-seri dan sudah pastinya menanti detik untuk disatukan dengan lelaki pilihan dirimu.. Semoga kamu membina keluarga sakinah ,mawaddah dan diberkati oleh Allah..








Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib 


Doa Untuk Pengantin
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -
  
Ana bersama roomate masih belum melelapkan mata..Pelbagai cerita yang kami kongsi bersama terutama kisah semalam di Tesco.. Sahabat yang demam memerlukan air cap badak untuk sejukkan badan.. Selera untuk makan semakin berkurangan ..Kadang-kadang lepas pulang dari masjid setelah solat Isyak baru ana makan..Entah kenapa ana pun tidak tahu..Mungkin musim peperiksaan.. Ana banyakkan minum air masak.. Bukan ana berdiet namun tiada selera makan.. Bermacam-macam yang perlu ana fikir..Terutama mengenai peperiksaan.. Kasihan dengan jiran-jiran kami.. Kami masih bergelak ketawa kerana pelbagai kisah lucu yang timbul..Adik ana pulang pada minggu ini.. Suaranya sudah lain..Sudah besar rupanya adik ana.. Bodyguard ana selama ini.. Lelaki yang sentiasa ada untuk menemani ana..

Sahabat-sahabat ana sudah mempunyai teman.. Ada juga orang yang mahu kenakan ana dengan beberapa orang.. Namun ana tidak mahu.. Ana tidak malu dengan status single kerana Allah telah sediakan yang terbaik untuk kita.. Sedaya upaya untuk menyediakan yang terbaik buat kekasih halal ana nanti.. Insyaallah.. Ana akui sungguh sukar untuk menjaga hati namun ketahuilah kemanisan bercinta setelah mendirikan rumah tangga itu yang terbaik.. Insyaallah Allah akan menyediakan seseorang buat kita kelak sekiranya tidak di dunia di akhirat sana pasti ada.. Ana takut sekiranya menjadi fitnah buat lelaki.. Nauzubillah..Ana bersyukur kerana ana bukanlah seorang gadis yang cantik mahupun up to date .. Ana seorang yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan.. Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.. Ana bersyukur sekiranya ana dipilih bukan kerana kecantikan tetapi segala kekurangan ana ini dilengkapi olehnya.. Sekiranya cantik yang menjadi sandaran ,sudah tentu ana tidak ada dalam senarai namun ana bersyukur atas segalanya..Allah sudah menetapkan jodoh,rezeki,ajal dan kehidupan kita sedari kita dalam kandungan ibu lagi.. Janji Allah wajib kita percayai.. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya.. Yang penting muhasabah diri dan berusaha untuk menjadi muslimah yang solehah..







Sekian ..Wassalam w.b.t.

No comments: