Sunday, January 27, 2013



 

Allah..Allah..Allah.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kita bertemu di alam maya ini..Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati keindahan alam serta menikmati kedinginan malam.. Alhamdulillah di atas segala nikmat yang telah Allah beri kepada kita. Syukur alhamdulillah.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. .Tidak terlewat untuk ana ucapkan salam maulidur rasul buat semua..

 Ya Allah,hibanya hatiku apabila mengenang dosa yang menggunung tinggi..Terasa kerdil diri ini di hadapanMu ya Allah..Ampunilah segala dosa-dosaku hamba yang penuh dengan kedhaifan dan kelemahan ini...Sayu hati ini apabila mengenangkan segala yang terjadi sepanjang 22 tahun ana hidup di dunia ini..Segala suratan takdir yang telah ditentukan menjadikan ana sebagai insan yang lebih matang dari hari ke hari..Insyaallah..Segala suka dan duka yang ditempuhi bersama -sama dengan keluarga dan sahabat handai amat bermakna buat ana.. 

Lama ana ingin mengemaskini laman ini namun tangan ini terasa berat untuk menari di atas keyboard..Allah..Allah..Allah.. Di keheningan malam ini,terasa bagai suatu perasaan aneh yang menjalar di hati ini. Sayu,sedih dan teringat kepada seseorang yang tidak pasti siapa.. Ya Allah, sering terjadi kepada ana sejak kebelakangan ini.. Terasa sukar untuk ana luahkan kepada sesiapa pun.. Di saat ini,kupanjatkan doa ke hadrat Illahi agar memberikan kekuatan dan membuka segala hijab yang tertutup..Hiba.. Kepada Dia hamba ini berserah diri.. Hanya Dia yang memahami hati hambaNya.. Daripada Dia kita datang dan kepada Dia jua kita kembali. Yakin dengan Allah walaupun apa yang terjadi adalah penawar bagi keresahan dan kegelisahan.

Jangan sesekali kita ragui dengan Allah kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Kita juga merancang tetapi Dia yang menentukan. Sudah tentu apa yang diberikan adalah yang terbaik untuk kita. Dia Maha Mengetahui segala-galanya..

 



Sekiranya kita dipilih oleh Allah untuk menerima ujiannya,ucapkanlah Alhamdulillah.. Kenapa ana cakap macam itu? Kerana di kalangan hamba-hambaNya,kita adalah insan yang terpilih.. Kita dipilih oleh Dia untuk menerima ujian dan dugaan.. Ujian dan dugaan itu merupakan tanda kasih dan cinta Tuhan kepada hambaNya..Alhamdulillah.. Bersyukurlah kita kerana kita insan terpilih. Allah menurunkan ujian dan dugaan yang mampu ditanggung oleh hambaNya. Yang paling penting yakin dan berserah kepada Allah. Redha dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan kepada kita... Insyaallah Allah akan sediakan pelangi yang indah sesudah petir dan kilat .

Baru-baru ini ,ana berjumpa dengan seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa.. Alhamdulillah, Allah mempertemukan kami setelah sekian lama terpisah. Suatu kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Apa yang menyedihkan ialah kisah yang menimpa dirinya. Sahabatku,bersabarlah dengan ujian yang Allah berikan kepadamu. Sesungguhnya Dia amat mencintaimu dan ingin memberikan yang terbaik buatmu.Satu perkara yang boleh ana ingatkan bahawa sekiranya dia adalah jodohmu,walau ribut taufan melanda dia tetap akan menjadi hak milikmu yang sah. Termetrai dengan lafaz akad nikah .Insyaallah. Banyakkan berdoa dan dekatkanlah dirimu dengan Allah..Insyaallah Dia akan menolong dan memberikan kekuatan kepadamu. Sekiranya dia itu bukan jodohmu,pasti Allah akan memberikan yang terbaik buatmu. Ana tahu sukar untuk dirimu melupakan dan meluputkan si dia dari ingatanmu,namun bangkitlah sahabatku. Allah bersamamu setiap detik dan saat. Jangan biarkan kesedihan melingkari hatimu dan membinasakan dirimu.

Setia..Satu perkataan yang mudah diungkap namun sukar untuk dilakukan..Setiap manusia Allah berikan kelebihan dan juga kekurangan. Lengkapilah pasanganmu yang mempunyai kelemahan dengan kelebihan yang ada padamu. Jangan sesekali memperkecilkan kelemahan seseorang itu.. Ana bimbang dengan adik ana..Kesihatannya tidak mengizinkan dia pergi ke sekolah. Bersabarlah dengan ujian yang Allah berikan untukmu..Ana berdebar menunggu result yang bakal keluar tidak lama lagi..  Semoga semuanya baik-baik belaka..Insyaallah..


Wassalam w.b.t.


2 comments:

Rintihan HambaMu said...

Assalamualaikum..
terbang dalam nukilanmu..
jom tingkatkan ibadah..
moga dirimu sentiasa dalam kasih sayang-Nya.

Bisikan Nuraniku said...

Wassalam w.b.t.
Terima kasih kepada ukhty yang sudi membaca coretan ana..
Jom..kita dekatkan diri denganNya.. Moga dirimu sentiasa dirahmati dan sentiasa berada dalam mawaddahNya..
InsyaAllah..