"Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana 
apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan 
khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya 
daripada kita"
Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan saya 
tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian 
bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi 
bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang 
sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada 
Sang Pencipta.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;
1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan
 dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu 
terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana 
jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang 
kita tidak ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, 
itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan 
memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam
 bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. 
Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk 
mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya
 akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal 
jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata
 kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan
 kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah 
berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
 Cinta itu 
hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari.
 Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali
 pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk 
hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? 
Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk 
menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah 
kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat 
apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai
 seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin 
menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan 
seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan 
kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah 
juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan 
kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara 
asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan 
yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple"
 kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya 
budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu 
banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini 
lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang
 bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak 
mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple 
juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara
 pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina 
hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa 
yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan 
bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang 
dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi 
dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya 
kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk 
yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada
 masa yang mendatang. 
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat 
istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah 
selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan 
keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan 
memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara
 hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, 
selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, 
bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah 
kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun.
 Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan ini
 kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang 
benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin 
kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya 
menjadi pengajaran buat saya.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita
 dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita 
insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang 
juga baik. 
 
 
 
No comments:
Post a Comment