Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.
Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita. Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.
Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan.
Bagaimana?
Seseorang individu yang lemah dalam akademik, maka pada titik akademik itulah Allah mengujinya berkali-kali. Sahabat-sahabat kita ramai yang diuji Allah pada titik akademik. Bukan sekali sahaja mereka diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam 'Continous Assessments' kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.
Ada pula yang dipanggil ke 'Viva' namun masih gagal dan perlu mengharungi ujian musim luruh. Setelah berusaha keras menelaah, masih Allah menguji dengan kegagalan dalam peperiksaan itu sehingga perlu mengulang semula tahun pembelajaran. Malah, ada yang bukan pertama kali perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah setiap kali ujian datang menjengah.
Buat mereka yang diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian,
Sabda Baginda Rasulullah SAW;
"Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang agama"
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat mereka yang diuji dengan harta, maka bertabahlah, kerana pasti
Allah menginginkan kebaikan pada kalian. Berbahagialah dengan janji
Rasulullah pada kalian bahawa syurga itu menanti kalian sekiranya dengan
kemiskinan dan kesusahan itu, kalian bertakwa kepada Allah.(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
"Aku melihat
ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah
terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...."
(Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)
Buat mereka yang diuji melalui hubungan dengan manusia,
berbahagiahlah kalian, kerana Allah menginginkan kebaikan pada kalian
melalui jalan sabar. Pada ujian itu, Allah ingin mendidik kesabaran,
menetapkan hati dan mengukuhkan iman, moga dengan sabar itu, pintu
syurga terbuka buat kalian.(Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)
Firman Allah yang bermaksud;
"... dan
Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi
sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.."
(Surah al-Furqan ayat 20)
Buat mereka yang diuji Allah dengan jalan maksiat, maka berusaha
keraslah dan bersabarlah mengharunginya. Kerana sungguh pintu-pintu
taubat terbuka luas buat kita. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat
Allah walaupun merasakan tidak terdaya dan lemas dalam dosa-dosa
durjana. Kembalilah kepada Allah. Firman Allah,(Surah al-Furqan ayat 20)
" Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya
Allahmengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani "
(Surah Al-Zumar ayat 53)
Buat umat ini yang diuji Allah, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuhinya dengan tabah dan sabar. Berdoalah.(Surah Al-Zumar ayat 53)
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "
Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak
pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah al-Baqarah ayat 250)
- Artikel iluvislam.com
(Surah al-Baqarah ayat 250)
No comments:
Post a Comment