Thursday, August 9, 2012

~ Taubat Seorang Hamba ~


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Sunday, July 29, 2012

~ SaNDarKan seGalanYa paDa Allah ~

Ya Allah,Bilamana hamba masih mengingati si dia yang bukan milik hamba,maka,bantulah hamba untuk hamba melupakan dirinya..

Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,maka lupuskanlah ia dari ingatan hamba..


Biarkan aku jauh dari dirinya,dan ikatlah diri hamba ini untuk terus setia dengan kasih-Mu..


Hilangkan bayangan dia dari ingatan hamba Ya Allah,dan payungilah hamba dengan rahmat-Mu,.


Perindahkanlah lisan hamba ini untuk terus berzikir

menyebut Asma-Mu..agar hamba sentiasa selamat dengan CiNTA-MU..Aamiin ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah,perbaikilah agamaku yang merupakan sandaran segala urusanku.Dan perbaikilah urusan duniaku yang merupakan tempat tinggalku,dan perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku..dan jadikanlah kehidupanku sebagai tambahan bagi kebaikanku dan kematianku sebagai tempat istirahat dari segala kejelekanku” (HR Muslim).

~SaLaM RaMaDHaN Al-MuBaRaK~



 



 


(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★
*˚ .ღ 。
... /▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •*
˚♥ KEPADA SELURUH UMAT ISLAM !

 
 



Jadikan RAMADHAN sebagai
UNIVERSITI yang mengajar kuliah-kuliah IBADAH,
Tutorial-tutorial IMAN,
Assignment-assignment TAQWA
Amali-amali AGAMA...
... Harap-harap kita memperolehi ijazah KEREDHAANNYA

" SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1433 H"





~ Buah Hatiku ~

 


Alhamdulillah..Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan seribu rahmat . Kini, kita sudah berada di fasa kedua Ramadhan Al- Mubarak.Alhamdulillah..Mari kita syukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kita dan menadah tangan agar kita boleh menemui Ramadhan yang akan datang. Ramadhan ialah bulan yang dirindui dan kedatangannya dinantikan dengan penuh kegembiraan dan pengharapan.. Kedatangannya dirindui dan pemergiannya ditangisi.

 


 

Pada kali ini ana ingin menceritakan tentang mereka yang telah menjadi penawar kedukaan serta penyejuk mata ana.. Sungguh hati ini sangat bahagia bersama mereka. "Mereka " yang ana maksudkan ialah anak murid ana..Walaupun ana belum menjadi guru lagi, mereka memanggil ana dengan panggilan "cikgu". Masyaallah pertama kali mereka memanggil ana dengan gelaran ini, pelbagai rasa bercampur baur.. Takut,gembira,gementar,bahagia dan macam-macam lagi.. Ana rasa sangat bahagia di samping mereka..Keletah mereka mencuit hati dan memberikan semangat dan dorongan kepada ana untuk membantu mereka.

Anak murid ana adalah murid kelainan upaya..Tetapi ana sangat bangga dengan mereka. Mereka sentiasa berusaha untuk memajukan diri mereka. Malah,ada segelintir yang mampu mencapai kejayaan di luar jangkaan. Perasaan kasih dan sayang timbul dari lubuk hati kepada mereka. Walaupun seharian bersama mereka,hati ini tidak jemu dan lelah tetapi penuh dengan keriangan dan keseronokan. Berdampingan dengan mereka mampu membuat ana hilang rasa sedih dan asyik ketawa. Mungkin sahabat-sahabat tidak percayai tetapi inilah kenyataannya. 

Sekalipun mereka mempunyai kekurangan,namun Allah itu Maha Adil. Terdapat kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam diri mereka sekiranya kita melihat dengan mata hati. Mereka mengelap air mata cikgu dan menceriakan guru mereka. Penuh dengan kelembutan dan sarat dengan kasih sayang. Seorang pelajar ana datang memegang ana dan memanggil sayang. Ana sememangnya geli dengan panggilan itu namun demi menjaga hati dia ana tersenyum dan mengusap belakang dia. Memberikan ucapan terima kasih..Sememangnya ana sangat menghargai dan berasa terharu dengan layanan yang diberikan.

Pernah orang mencemuh dan memandang rendah pada ana kerana ana mengambil kos Pendidikan Khas namun ana tersenyum..Kerana ana bahagia..Ana bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk mendidik anak-anak yang suci dan bersih.. Ana tidak menyesal memilih kos ini tetapi ana sangat-sangat gembira. Kini,orang yang memandang rendah kepada ana itu melihat ana tertawa dengan anak murid ana dan penerimaannya sudah berbeza. Cubalah sahabat sekalian mendekati mereka dan lihatlah dari segi sudut positif. Dekati mereka dan selami hati mereka.. 

Hati ini sudah hiba kerana tempoh ana bersama mereka kian tiba di garisan penamat. Ana pasti sedih dan rindukan mereka. Rindukan senyum,tawa,air mata,dan segala kisah kami bersama. Walaupun ana hanya bersama mereka hanya dalam tempoh masa sebulan tetapi cukup bermakna dan terasa ukhuwah antara kami sangat indah. Bila balik dari sekolah sudah teringat dan terimbau kenangan bersama apatah lagi tempoh masa yang panjang. Semoga kami akan bertemu lagi dan ukhuwah itu akan mekar dan mewangi buat selamanya. 



Buat murid-murid cikgu,terima kasih kamu semua. Kamu semua anak murid yang baik dan mendengar kata. Kamu semua menjadi anak murid yang terbaik buat cikgu. Cikgu bahagia dan gembira bersama kamu semua..Terima kasih kalian ..Cikgu pasti akan merindui kamu semua.. Cikgu pasti akan abadikan kalian dalam hati cikgu buat selama-lamanya ..Insyaallah.. Cikgu sedih berpisah dengan kalian namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan...Semoga kita akan bertemu lagi..Kalau jumpa cikgu di luar,tegurlah cikgu.. Kamu semua belajar rajin-rajin dan ingatlah pesanan cikgu ye.. Semoga menjadi anak soleh dan solehah .. May Allah Bless All of You..





Wassalam..

Sunday, July 15, 2012

~ JoDoh iTu RaHsiA AllaH~

JODOH ITU RAHSIA ALLAH,,

Sekuat mana kita Setia,,,
Sehebat mana kita Merancang,,,
Selama mana kita Menunggu,. 
Sekeras mana kita Bersabar,,,
Sejujur mana kita Menerima dirinya..

Jika takdir Allah menentukan yang kita tidak berjodoh dengannya, Kita tidak akan bersama dengannya.

Namun jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,Kita tetap akan bersama dengannya ,walaupun kita dipisahkan oleh jarak dan tidak pernah komunikasi sebelumnya kerana pasti ada saja cara Allah untuk menemukan kita dengannya..

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmu-Nya.Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah ALLAH aturkan untuk kita..
 
 
 

Saturday, July 14, 2012

~ La Tahzan ~





 

Alhamdulillah..Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga ana menulis sedikit coretan hati di dalam blog ana ini.. Sekadar  melepaskan bebanan di hati.. Alhamdulillah.. Allah masih mengurniakan kita degupan jantung  serta udara untuk kita bernafas di muka bumi ini.. Salam rindu untuk junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Ramadhan hampir tiba.. Masyaallah,gembira dan rindu dengamu ya Ramadhan..Bulan yang penuh dengan keberkatan .. Bulan yang menyinari hidup kita.. Bulan yang ditunggu-tunggu.. Hati ini masih terkejut dan badan menggeletar .. Terkejut dan berita yang mengejutkan.. Tetapi alhamdulillah seorang lagi sahabat ana bakal melangkah ke baitul muslim.. Buat kamu, selamat bertunang ..Ana doakan kebahagiaan kamu bersama pasangan sehingga ke syurga...

Adik ana menunjukkan gambar kamu menunjukkan kamu sedang online di Facebook.. Sudah lama ana tidak mendengar  berita kamu.. Tiba-tiba, terasa ingin membuka wall kamu.. Alhamdulillah, kamu sedang berbahagia dan ana tumpang bahagia untuk kamu.. Butir-butir jernih yang jatuh berjuraian membuktikan bahawa ana bersyukur.. Sudah ada seseorang yang mampu menjaga dan membuatkan kamu bahagia.. Alhamdulillah.. Kelu.. 

Kaku pergerakanku.. Namun,ana yakin dengan janji Allah.. Walau apa pun yang terjadi, Allah tidak akan meninggalkan hambaNya keseorangan.. Allah itu merindukan esak tangis dan rintihan hambaNya.. Kuluahkan segala isi hati kepadaNya..Hanya Dia yang mampu memahami hati hambaNya..

Allah.. Ya Rabbi.. Engkau Maha Mengetahui segalanya.. Kupasrah dengan apa jua yang telah Engkau tetapkan.. Ku bisikkan kata-kata rinduku padaMu dalam sujudku yang panjang.. Ku bertatih mengharapkan secebis cintaMu.. Ku tersenyum dengan takdirku.. Kerana kuyakini dengan kekuasaanMu.. Pencipta yang Maha Mengetahui segalanya..

Wassalam..