Thursday, August 30, 2012

~ Terima kasih sahabat ~



 

 
Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana pada pagi yang indah ini ana boleh meluangkan sedikit masa khas untuk sahabat-sahabat ana. Alhamdulillah kerana Allah masih mengizinkan kita berada di muka bumiNya ini..Alhamdulillah ,kita masih diberi kesempatan untuk beribadah kepadanya dengan sisa hidup yang diberikan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia , Nabi Muhammad S.A.W.

Entri ana tujukan buat sahabat-sahabat ana tidak kira yang mengenali ana secara langsung mahupun sahabat yang berada di alam maya ini.Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekalian kerana sangat baik dengan ana dan menyokong ana dari belakang. Jasa baik sahabat-sahabat sekalian tidak mampu ana balas. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Kuntuman doa insyaallah sentiasa mekar buat sahabat-sahabat sekalian.Jazakaallahu khairan kasira.

Seorang sahabat yang baik diibaratkan seperti penjual minyak wangi. Walaupun sekit pasti terpalit wangiannya. Alhamdulillah. Buat sahabat-sahabat sekalian, sekiranya sahabat-sahabat mempunyai masalah ataupun memerlukan pendengar ,insyaallah ana boleh meminjamkan telinga untuk membantu sahabat-sahabat.Insyaallah ,ana akan cuba membantu dengan sedaya upaya. 

Sahabat,andai ada tutur bicara yang mengguris hati,ana pohonkan jutaan kemaafan.Andai ada tingkah laku yang menghiris jiwa ,ana pohonkan kemaafan..Andai ada senda gurau yang mencengkam sukma ,ana pohonkan kemaafan. Maafkan ana dengan seikhlasnya. Kadang-kadang ana tidak sedar bahawa ana telah menyakitkan hati sahabat-sahabat ana . Ana hamba yang lemah lagi dhaif. 

Seandainya terdapat kesalahan atau kesilapan yang ana lakukan,tegurlah ana. Ana akan terima teguran dengan rasa syukur. Ana akan cuba memperbaiki diri ana agar menjadi lebih baik dari hari ke hari. Insyaallah. Ana bersyukur sekiranya sahabat sudi menegur ana kerana ana tidak tahu atau tidak sedar dengan kesalahan atau kesilapan tersebut, 

Kepada sahabat-sahabat,sekali lagi ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segalanya. Semoga Allah merahmati setiap degupan jantung sahabat-sahabat sekalian. Semoga Allah mempermudah segala urusan kalian. Semoga kalian berjaya di dunia mahupun akhirat. Insyaallah.  Semoga kita dapat bertemu lagi di dalam entri yang akan datang. Insyaallah sekiranya dipanjangkan umur..

Salam ukhuwah dari ana yang kejauhan..

Wassalam..

~ SiNar~




          Syukur alhamdulillah kerana Allah masih memberikan kita nikmat sihat dan lapang kepada kita. Alhamdulillah..Hanya kepadaNya kita berserah dan bergantung harap di atas segalanya.. Syukur alhamdulillah ats segala pemberian yang Dia beri..Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
         Pertama sekali ana rasa sudah lama ana tidak mengemaskini blog ana ini..Sudah bersawang... Alhamdulillah pada malam ini ana diizinkan oleh Allah untuk mengemaskini blog ana ini..Memang banyak perkara yang ingin dikongsi dalam blog ana ini..Berbagai cerita ingin dikongsi namun masa membataskan ana untuk mencoret segala memori dalam blog ini.
       Alhamdulillah,ana sudah tamat membuat Internship di sekolah yang banyak menyimpan kenangan manis mahupun pahit bagi ana..Tetapi kebanyakan kenangan yang ana peroleh sangat "sweet" untuk dikenang.Rindu menggebu di hati buat sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang di medan pembelajaran dahulu..Alhamdulillah ,kami sama-sama dapat menempatkan diri di menara gading..Impian untuk sama-sama berjaya di dunia mahupun akhirat..Insyaallah..Bertemu dengan guru-guru yang banyak menabur bakti buat ana..Ana berasa sangat gembira..
     Pelbagai kenangan dan pengetahuan yang ana kutip sepanjang melakukan Internship di sekolah tersebut.Ana semakin mengenali ciri-ciri dan tingkah laku pelajar ana..Kini,ana sangat-sangat rindukan mereka..Hanya doa yang boleh ana kirimkan buat mereka..Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat.Keletah mereka,tingkah laku mereka,santun mereka,ketawa mereka,senyuman mereka, dan tangisan mereka semuanya tersemat di hati..Alangkah indahnya sekiranya ana dapat bersama mereka lagi..Anak murid cikgu yang amat cikgu ingati,cikgu rindu sangat dengan kalian..Semoga kita semua akan bertemu lagi..Insyaallah..
    Buat sahabat-sahabat sekalian, Selamat Hari Raya Aidilfitri..Taqabbalaallahuminkum..Maaf Zahir dan Batin..Maafkan ana sekiranya ana ada melakukan kesalahan dan kesilapan kepada sahabat-sahabat sekalian..Jutaan ampun dan maaf daripada ana.. Sambutan Aidilfitri tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini..Ana beraya di kampung dan suasananya sangat berbeza daripada ana menyambutnya di rumah..Selain itu, ada sesuatu yang menggamit memori ana ..Semuanya telah berlalu dan kehidupan perlu diteruskan..Kehilangan insan yang rapat memberikan impak yang sangat besar pada ana..Terasa kehilangan namun hanya doa yang mampu ana kirimkan..
    Sejak akhir-akhir ini,emosi ana tidak stabil..Fikiran jauh melayang.. Serba tidak kena..Entah kenapa..Banyak perkara yang bermain di minda..Risau,kecewa,sedih,gembira semuanya bercampur baur..Alhamdulillah sepupu ana telah dapat menempatkan diri di universiti yang sama dengan ana.. Seronok kerana ada kawan..Berita yang sangat menggembirakan ana. Baru-baru ini,ana sempat meluangkan masa bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang sangat baik dengan ana..Kami pergi berkelah sambil berbual-bual.Hampir setahun tidak bersua .Rindu sangat terasa di dalam jiwa. Alhamdulillah masing-masing sangat sibuk jadi apabila dapat bersua muka,kami menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya..Buat sahabat-sahabat,terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada diri ini..Kalian sangat istimewa dalam hidup ana dan tiada galang gantinya..
     Insan yang paling memahami ana ialah bonda ana..Setiap apa yang berlaku ana akan ceritakan dengan bonda. Bila ana lemah,bondalah yang memberikan kata-kata semangat kepada ana . Apabila ana bersedih,bonda yang berusaha menenangkan ana dengan kata-katanya yang dingin bak salju.. Sungguh ana rasa sangat sedih apabila mengenangkan suatu perkara yang terjadi dalam hidup ana.. Kehilangan.. Namun semuanya adalah suratan Illahi..Jodoh pertemuan ajal maut semuanya di tangan tuhan. Siapakah kita untuk menidakkan segala perancangannya .Tabah dan hadapi dengan tenang. Bukan mudah untuk melupakan ..Sangat sukar dan air mata pasti membasahi pipi.. Bukan mudah untuk melakukan sebuah pengorbanan. Tetapi pasti ada cahaya yang akan menyinari kelak. Insyaallah.Walaupun sudah lama berlalu namun terlalu sukar..Astagfirullalazim..Bonda,kakak akan mengikut segala pesanan dan azimat yang bonda berikan. Akak akan kuat semangat dan banyak mengingati Allah. Dugaan yang Allah turunkan itu tanda kasih sayang daripada Allah kan bonda?  Ana masih boleh tersenyum dan ketawa walaupun hati sangat berdukacita..Ana mampu menyembunyikan segala duka yang bertamu dengan keceriaan dan tawa ana.. Kerana ana tidak mahu keluarga ana melihat air mata ini menitis..Ana seorang yang ceria ..
     Sahabat ana ada bercerita ..Sedih dan pilu apabila ana mendengarnya.. Namun ana bahagia.. Bahagia apabila sahabat ana bahagia..Allah adalah pengatur yang terbaik. Tiada siapa yang boleh melawan kehendak dan takdir yang ditetapkan olehNya. Kita hambaNya dan DOA adalah senjata kita. Banyakkan berdoa..Bonda berpesan agar banyakkan istighfar dan dekatkan diri padaNya. Insyaallah segala kekusutan dan masalah yang mendatang akan menemui jalannya..Yakinlah dengan Allah.Ayahanda ,walaupun nampak begitu tenang namun kocakan hatinya mampu dibaca . Ayah mana yang tidak sayangkan anak-anaknya..Diasuh,dididik dan diajar dengan penuh kasih sayang. Ayahanda yang anakanda hormati,Insyaallah anakanda kuat dan ingin membahagiakan keluarga kita.. Semoga Allah memberkati keluarga kita..Insyaallah.
    Adik ana bakal menghadapi peperiksaan.Risau dengan keadaan dirinya. Semoga adik-adik beroleh cemerlang di dunia dan akhirat. Kakak doakan yang terbaik buat kalian.. Berusaha,berdoa dan bertawakal. Akak tahu adik-adik sudah berusaha dengan sebaik mungkin.Ada sesuatu yang perlu ana fikirkan.Berat. Perlukah ana menerima atau menolak dengan baik? Ya Allah,semoga ana diberi petunjuk.Sungguh sukar untuk ana bukakan hati ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sudahkah ana bersedia untuk memikul tanggungjawab yang berat? Terasa diri ini belum mempersiapkan diri dengan sebaiknya. Astagfirullah..Ya Allah,bantulah hambaMu ini...
    Ana sedih kerana tinggal seminggu lagi untuk ana bersama dengan keluarga sebelum ana pulang berjuang. Terasa cepat masa berlalu. . Kebahagiaanku di sini bersama keluarga yang tercinta.. Ana ingin bersama keluarga. Mata kian memberat..Ana sudahi entri kali ini dengan wassalam.
   

Thursday, August 9, 2012

~ Taubat Seorang Hamba ~


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Sunday, July 29, 2012

~ SaNDarKan seGalanYa paDa Allah ~

Ya Allah,Bilamana hamba masih mengingati si dia yang bukan milik hamba,maka,bantulah hamba untuk hamba melupakan dirinya..

Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,maka lupuskanlah ia dari ingatan hamba..


Biarkan aku jauh dari dirinya,dan ikatlah diri hamba ini untuk terus setia dengan kasih-Mu..


Hilangkan bayangan dia dari ingatan hamba Ya Allah,dan payungilah hamba dengan rahmat-Mu,.


Perindahkanlah lisan hamba ini untuk terus berzikir

menyebut Asma-Mu..agar hamba sentiasa selamat dengan CiNTA-MU..Aamiin ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah,perbaikilah agamaku yang merupakan sandaran segala urusanku.Dan perbaikilah urusan duniaku yang merupakan tempat tinggalku,dan perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku..dan jadikanlah kehidupanku sebagai tambahan bagi kebaikanku dan kematianku sebagai tempat istirahat dari segala kejelekanku” (HR Muslim).

~SaLaM RaMaDHaN Al-MuBaRaK~



 



 


(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★
*˚ .ღ 。
... /▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •*
˚♥ KEPADA SELURUH UMAT ISLAM !

 
 



Jadikan RAMADHAN sebagai
UNIVERSITI yang mengajar kuliah-kuliah IBADAH,
Tutorial-tutorial IMAN,
Assignment-assignment TAQWA
Amali-amali AGAMA...
... Harap-harap kita memperolehi ijazah KEREDHAANNYA

" SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1433 H"





~ Buah Hatiku ~

 


Alhamdulillah..Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan seribu rahmat . Kini, kita sudah berada di fasa kedua Ramadhan Al- Mubarak.Alhamdulillah..Mari kita syukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kita dan menadah tangan agar kita boleh menemui Ramadhan yang akan datang. Ramadhan ialah bulan yang dirindui dan kedatangannya dinantikan dengan penuh kegembiraan dan pengharapan.. Kedatangannya dirindui dan pemergiannya ditangisi.

 


 

Pada kali ini ana ingin menceritakan tentang mereka yang telah menjadi penawar kedukaan serta penyejuk mata ana.. Sungguh hati ini sangat bahagia bersama mereka. "Mereka " yang ana maksudkan ialah anak murid ana..Walaupun ana belum menjadi guru lagi, mereka memanggil ana dengan panggilan "cikgu". Masyaallah pertama kali mereka memanggil ana dengan gelaran ini, pelbagai rasa bercampur baur.. Takut,gembira,gementar,bahagia dan macam-macam lagi.. Ana rasa sangat bahagia di samping mereka..Keletah mereka mencuit hati dan memberikan semangat dan dorongan kepada ana untuk membantu mereka.

Anak murid ana adalah murid kelainan upaya..Tetapi ana sangat bangga dengan mereka. Mereka sentiasa berusaha untuk memajukan diri mereka. Malah,ada segelintir yang mampu mencapai kejayaan di luar jangkaan. Perasaan kasih dan sayang timbul dari lubuk hati kepada mereka. Walaupun seharian bersama mereka,hati ini tidak jemu dan lelah tetapi penuh dengan keriangan dan keseronokan. Berdampingan dengan mereka mampu membuat ana hilang rasa sedih dan asyik ketawa. Mungkin sahabat-sahabat tidak percayai tetapi inilah kenyataannya. 

Sekalipun mereka mempunyai kekurangan,namun Allah itu Maha Adil. Terdapat kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam diri mereka sekiranya kita melihat dengan mata hati. Mereka mengelap air mata cikgu dan menceriakan guru mereka. Penuh dengan kelembutan dan sarat dengan kasih sayang. Seorang pelajar ana datang memegang ana dan memanggil sayang. Ana sememangnya geli dengan panggilan itu namun demi menjaga hati dia ana tersenyum dan mengusap belakang dia. Memberikan ucapan terima kasih..Sememangnya ana sangat menghargai dan berasa terharu dengan layanan yang diberikan.

Pernah orang mencemuh dan memandang rendah pada ana kerana ana mengambil kos Pendidikan Khas namun ana tersenyum..Kerana ana bahagia..Ana bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk mendidik anak-anak yang suci dan bersih.. Ana tidak menyesal memilih kos ini tetapi ana sangat-sangat gembira. Kini,orang yang memandang rendah kepada ana itu melihat ana tertawa dengan anak murid ana dan penerimaannya sudah berbeza. Cubalah sahabat sekalian mendekati mereka dan lihatlah dari segi sudut positif. Dekati mereka dan selami hati mereka.. 

Hati ini sudah hiba kerana tempoh ana bersama mereka kian tiba di garisan penamat. Ana pasti sedih dan rindukan mereka. Rindukan senyum,tawa,air mata,dan segala kisah kami bersama. Walaupun ana hanya bersama mereka hanya dalam tempoh masa sebulan tetapi cukup bermakna dan terasa ukhuwah antara kami sangat indah. Bila balik dari sekolah sudah teringat dan terimbau kenangan bersama apatah lagi tempoh masa yang panjang. Semoga kami akan bertemu lagi dan ukhuwah itu akan mekar dan mewangi buat selamanya. 



Buat murid-murid cikgu,terima kasih kamu semua. Kamu semua anak murid yang baik dan mendengar kata. Kamu semua menjadi anak murid yang terbaik buat cikgu. Cikgu bahagia dan gembira bersama kamu semua..Terima kasih kalian ..Cikgu pasti akan merindui kamu semua.. Cikgu pasti akan abadikan kalian dalam hati cikgu buat selama-lamanya ..Insyaallah.. Cikgu sedih berpisah dengan kalian namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan...Semoga kita akan bertemu lagi..Kalau jumpa cikgu di luar,tegurlah cikgu.. Kamu semua belajar rajin-rajin dan ingatlah pesanan cikgu ye.. Semoga menjadi anak soleh dan solehah .. May Allah Bless All of You..





Wassalam..

Sunday, July 15, 2012

~ JoDoh iTu RaHsiA AllaH~

JODOH ITU RAHSIA ALLAH,,

Sekuat mana kita Setia,,,
Sehebat mana kita Merancang,,,
Selama mana kita Menunggu,. 
Sekeras mana kita Bersabar,,,
Sejujur mana kita Menerima dirinya..

Jika takdir Allah menentukan yang kita tidak berjodoh dengannya, Kita tidak akan bersama dengannya.

Namun jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,Kita tetap akan bersama dengannya ,walaupun kita dipisahkan oleh jarak dan tidak pernah komunikasi sebelumnya kerana pasti ada saja cara Allah untuk menemukan kita dengannya..

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmu-Nya.Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah ALLAH aturkan untuk kita..