Saturday, June 23, 2012

~ PataH Hati~



PATAH HATI

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

~ Mutiara Kata ~


♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG...
:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN
sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥♥♥

♥ Jika cinta adalah kerinduan, maka jadikanlah rindu ini dalam zikir padaMu ya Allah. ♥ Jika cinta adalah air mata, maka jadikan ia air mata taubat kepadaMu ya Allah.♥ Jika cinta ini adalah ketulusan, maka jadikanlah hati ini untuk selalu tulus dalam menerima semua takdirMu. "Ya Allah..Jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikan orang yang beriman mencintaiku" [Riwayat muslim]


✿~ Maaf kerana aku menjauhkan diri darimu..
✿~ Maaf kerana aku melukakan hatimu..
✿~ Maaf kerana aku menolak cintamu..
✿~ Maaf juga jika aku bertindak "SOMBONG" di hadapanmu..

>>> Kerana aku BIMBANG dirimu BERDOSA di atas kehadiranku dalam hidupmu, dan juga TAKUT kehadiranku membawa FITNAH ke atas dirimu..kerana aku wanita biasa yang mampu MERUNTUHKAN tembok KEKUATAN dan KECEKALAN seorang lelaki..♥♥



Engkau benar puteriku bahawa kaum LELAKILAH yang MULA-MULA yang melangkah menempuh JALAN DOSA bukan wanita...TETAPI ingat PUTERIKU, TANPA KERELAANMU dan TANPA KELUNAKKAN SIKAPMU, mereka TIDAK AKAN berkeras MELANGKAH LAJU. engkaulah yang MEMBUKA PINTU kepadanya untuk MASUK...

~ Syeikh Ali Tantawi ~


Ya Allah..

Kirimkanlah dia untukku..
Dia yang menenangkan hatiku..
Dia yang selalu menjaga keimananku..
Dia yang selalu mengingatkan solat kepadaku..
Dia yang selalu mengajariku bagaimana aku harus bersabar..
Dia yang membuatku menangis karena takut kepada-Mu..
Dia yang Menjaga Agama-Mu..
Dia yang selalu berdoa untuk keluarganya..
Dia yang selalu taat kepada ayah ibunya.,..
Dia yang tak pernah meninggalkan sholat..
Dia yang selalu berbicara sopan..
Dia yang selalu bijaksana..

Jika dia adalah pilihan-Mu,
Datang atas redha-Mu,
Yang akan mampu mendekatkan cintaku pada-Mu,
Maka, satukan hatinya dan hatiku.
Dalam janji ikatan suci,
Bersama ijab dihadapan wali dan saksi..

Aamiin Ya Allah Ya Rabbal ‘Alamin.

~ Bakal Zauj ~



Ya Allah aku berdo’a untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau
Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan
Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya
Ya Allah aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu
Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna
Ya Allah aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan : “Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.
” Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat.
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin

Thursday, June 21, 2012

~ Bicara terakhir buatmu~

 

Salam khamis buat sahabt-sahabat sekalian..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah kerana Allah masih lagi mengurniakan kita nikmat sihat dan nikmat masa lapang.. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kita bertemu dalam blog ini.. Alhamdulillah.. Walaupun kita bertemu di alam maya,namun ukhuwah itu tetap terjalin ..Insyaallah semoga hingga ke syurga.. Salam rindu dan kasih buat kekasih agung-Mu ,Nabi Muhammad S.A.W.

Sebenarnya ana berasa sangat sedih pada hari ini.. Masyaallah ..Ujian telah menimpa ana.. Tetapi, pandanglah ujian dan dugaan itu dari segi pandangan positif.. Allah itu rindu pada hamba-Nya .. Allah menurunkan ujian dan dugaan buat hamba-Nya.. Sedih tetapi bila mengenangkan kembali semuanya dari Allah..Ana tersenyum.. Peringatan daripada Allah agar tidak leka dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.. Masyaallah..Alhamdulillah.. Hati kembali berbunga riang..

Ketika hati berada dalam kedukaan atau kegelisahan,ambillah wudhuk dan solatlah.. Bacalah ayat-ayat suci Al-Quran..Insyaallah hatimu akan menjadi tenang.. Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang..Banyakkan berzikir dan beristigfar.. Ana ada Allah yang sentiasa ada untuk ana.. Dan un tuk sahabat-sahabat juga.. Tidak kira di mana kita berada Dia tetap berada di samping kita..


Ana berasa mungkin tika ini ana patut melupakan seorang sahabat yang sangat baik pada ana.. Ana rasa mungkin ini yang terbaik..Ana dapat rasakan bahawa ana hanya menjadi beban buatnya.. Ana minta maaf kamu kerana meluahkan kesedihan ana kepada kamu..Ana tahu kamu sudah berubah dan ana janji ana tidak akan mengganggu kamu lagi.. Maafkan atas segala apa yang ana buat sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. Ana harus paksa diri ana untuk melupakan kamu.. Ana tahu ana semakin terluka sekiranya ana berhubungan dengan kamu.. Sejujurnya ana sangat kecewa namun Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya..Ana pasrah dan ana redha dengan seikhlasnya.. Biarpun perit untuk ana telan,tetapi ana akan cuba sedaya upaya untuk lakukannya..


Perlakuan dan perbuatan kamu menunjukkan apa yang berlaku..Sungguh ana terlalu sedih namun ana yakin dengan janji Allah.. Ana sedih dan terlalu sedih sebenarnya..Mungkin tiba masanya ana melupakan kamu..Sejujurnya sangat sakit untuk melakukan namun Allah tahu yang terbaik.. Cukuplah ana katakan ana pasrah dengan ketentuan Illahi..Mungkin bermula dengan unfriend.. Sebak dan manik jernih berjuraian di pipi.. Manisnya kenangan bersamamu sahabat.. Dengan langkah bismillahirrahmanirrahim,izinkan kaki ini melangkah pergi darimu buat selama-lamanya..


Wassalam w.b.t.




Thursday, June 14, 2012

~ Nukilan Hatiku 2 ~



 

Alhamdulillah..Kita masih dipertemukan dalam alam maya ini.. Ana ingin menyambung nukilan hati ana yang telah ana ukirkan dalam blog ana.. Sememangnya banyak persoalan yang telah diajukan kepada ana tetapi hanya beberapa soalan sahaja yang ana mampu jawab di sini.. Sekadar perkongsian.. Seorang sahabat yang agak rapat dengan ana bertanya.. Awak,sepanjang saya mengenali awak saya tengok awak tak rapat dengan mana-mana lelaki.. Saya rasa awak tak ada yang special tetapi bolehkah saya tanya awak sesuatu? Sepanjang awak hidup di muka bumi ini,awak tak pernah sukakan seseorang ke? Masyaallah..Soalannya memberikan sejuta debaran di hati ini..

Rasa suka itu adalah pemberian Allah buat hamba-Nya.. Satu perasaan yang indah sekiranya dilunasi dengan landasan yang betul...Ikatan akad dan nikah.. Secara jujurnya ana pernah suka dengan seseorang... Agamanya,akhlaknya,sopan santun dengan orang tua telah membuatkan ana rasa tertarik dengannya.. Sememangnya banyak orang yang meminatinya lantas ana melihat kekurangan diri ini.. Layakkah ana bergandingan dengannya?  Sikapnya sedikit sebanyak menambat hati ana.. Susah untuk ana menyukai mana-mana lelaki.. Tapi ketahuilah sahabatku...Diriku ini penuh dengan kelemahan dan kekhilafan.. Terasa kerdil .. Ana tidak bimbang tentang jodoh.. Allah sudah menetapkan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu jua sebaliknya.. Yakinlah dengan Allah..Oleh itu,marilah kita sama-sama menjadi muslimah solehah..Sama -sama mencari ilmu Allah.. Sama-sama mempersiapkan diri untuk menjadi bakal isteri.. Bukan mudah untuk mengemudi sebuah layar bahtera baitul muslim.. Ana hanya mampu mendoakan mendapat jodoh yang terbaik.. Usah terlalu risau tentang jodoh kerana sudah ditetapkan sejak kita dalam kandungan lagi.. Ana turut mendoakan dia juga mendapat jodoh yang terbaik.. Sekiranya kita sukakan seseorang diamkan sahaja tentang perasaan itu dan berdoalah.. Insyaallah Allah itu Maha Mendengar.. Bagi ana cinta selepas nikah adalah yang terbaik.. Seboleh-bolehnya ana tidak mahu menjadi fitnah buat lelaki..

♥ Kuserahkan Segalanya Hanya PadaMu ♥

~✿ Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini..... sampaikanlah kepadanya... Jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku.. maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana.. Jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku... PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat... ✿~

contoh cinta bersandarkan Allah S.W.T.






Itulah yang ana katakan sukar untuk menjaga hati tetapi Insyaallah dengan izin-Nya kita cuba sedaya upaya untuk menghindari perkara yang tidak sepatutnya.. Ingatlah bahawa hanya yang berhak sahaja yang boleh menyentuh cinta kita..Seterusnya ada seorang kenalan mengatakan bahawa apabila seseorang itu memakai baju kurung nampak old fashion nampak macam tua..Ana senyum apabila mendengar comment ini ..Okay..Sekarang terdapat banyak fesyen baju kurung.. Bagi ana secara jujurnya ana tidak kisah pandangan orang tentang cara pemakaian ana selagi ana tidak melanggar syariat.. Orang kata ana old fashion sekalipun ana tidak ambil hati dan ana tidak kisah.. Kerana ana yakin dengan baju kurung yang ana pakai.. Ana selesa dan ana suka.. Sekarang ana suka berjubah .. 

Setakat ini dahulu buat kali ini. Insyaallah,ana akan terus meng"update" dari semasa ke semasa..  Maaf sekiranya ada bicara yang mengguris hati.. Salam kemaafan dari ana.. 

Wassalam w.b.t. 

Monday, June 11, 2012

~ Salam imtihan ~



 

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi kerana limpah kurnia-Nya dapat juga kita bertemu di alam maya ini ..Syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan umur kita agar kita dapat mengumpul harta yang bernilai untuk dibawa pulang bertemu-Nya kelak..Amalan dan ibadah yang ikhlas kerana-Nya.. Insyaallah..Marilah kita sama-sama mempertingkatkan ibadah kepada-Nya.. Bulan puasa kian hampir.. Ya Allah,rindunya RamadahanMu ya Allah.. Salam rindu buat kekasihMu yang agung, Nabi Muhammad S.A.W.

Entri ana pada kali ini pendek sahaja memandangkan ana berada dalam musim peperiksaan.. Esok bermula untuk ana berperang di medan ilmu ..Belajar harus diniatkan kerana Allah Taala bukan kerana peperiksaan.. Ana bermula 12 Jun 2012 dan berakhir pada 27 Jun 2012.. Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku.. Hanya padaMu tempat hambaMu yang lemah lagi kerdil ini meminta..

Banyak yang ana ingin kongsikan di sini tetapi ana perlu mengambil masa yang lama untuk menulis entri yang panjang.. Jadi,cukuplah setakat ini dahulu.. Oh ya.. Buat sahabat-sahabat sekalian, ana dengan rendah diri memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap yang telah ana perbuat secara sengaja mahupun tidak sengaja.. Maafkan ana .. Ikhlas dari hati ini memohon jutaan ampun dan maaf.. Sekian ..

Wassalam w.b.t.

 
 

Wednesday, June 6, 2012

~ NukiLan HatiKu ~



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kurnia dan limpahNya kita masih dipertemukan di alam maya ini..Subhanaallah.. Begitu indah kita bertemu dan berpisah keranaNya..Insyaallah..Semoga kita semua diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Salam rindu dan kasih buat kekasih agungMu, Nabi Muhammad S. A.W. Selawat dan salam ke atas Baginda yang mulia..

Entri ana kali ini mungkin agak panjang..Soalan-soalan yang sebelum ini meniti di sekitar orang yang rapat serta mengenali ana..Sesungguhnya jawapan ini ikhlas dari hati ana... Barangkali dengan entri orang akan salah menganggap tentang diri ana tetapi ketahuilah ana manusia biasa yang sedang mencari keredhaan Illahi dalam meniti hidup ini.. Tiada lain berserah kepada Penciptanya yang Maha Esa.. Kita sebagai hambaNya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan...

Adakah ana single atau sudah mempunyai seseorang? Jawapannya ana sudah dimiliki.. Ana tidak single tetapi ana adalah hak milik Rabb-Nya..Ana milik ibu bapa ana.. Sehingga ayahanda ana memberikan amanah ini kepada seseorang yang bergelar suami.. Masyaallah,pasti linangan air mata akan jatuh membasahi pipi ketika ini..Pada detik itu kerana sememangnya ana seorang yang manja dengan ayahanda ana... Ketika berjauhan sendirian menuntut ilmu,selautan kerinduan buat ayahanda serta keluarga cukup memeritkan.. Namun,demi masa hadapan dan belajar kerana Allah,kumulakan langkah dengan bismillah menuju menara ilmu agar diri dibekalkan dengan ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh diriku dan orang lain.. Insyaallah..Ana mahu menyerahkan sekeping hati ini kepada yang berhak setelah adanya lafaz sakinah..Insyaallah.. Sememangnya bukan mudah untuk menjaga hati.. Indah sekiranya percintaan setelah adanya akad dan nikah.. Berkat itu lebih utama .. Semoga Allah sentiasa melindungi hati ini dan mendidik hati ini ke arah jalan-Mu... Ana mahu bercinta high class bak kata kakak Fatimah Syarha.. Kisahnya cuba ana jadikan pedoman dalam hidup.. Meniti hidup yang semakin mencabar dengan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.. Ana kagum dengan kakak Fatimah Syarha.. Cubalah baca novel yang ditulis oleh beliau.. Tersentuh hati ana ketika membacanya..

 

 
Setiap orang mengimpikan sesuatu dalam hidupnya..Begitu juga dengan ana.. Ana mengimpikan sebuah kehidupan yang dilimpahi berkah dan kebahagiaan.. Ana ingin menjadi hamba yang taat pada Allah,ummat Nabi Muhammad yang sering melakukan sunnahnya,anak yang solehah buat ibu bapanya..Pelajar yang sering mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.. Sahabat yang setia ... Insyaallah bakal isteri yang menenangkan dan mendamaikan kalbu suaminya serta bakal ibu yang penyayang.. Tidak lupa juga sebagai mujahidah yang mengejar mardhatillah... Seorang yang dapat menabur bakti kepada masyarakat..Masyaallah..banyaknya impianku? Tetapi mampukah diriku yang kerdil lagi hina ini mampu menggapai bintang di dada langit? Tiada apa yang mustahil tetapi perlukan kesabaran serta istiqamah dalam menuju cinta-Nya.. Amar makruf nahi mungkar... Senang untuk diperkatakan di bibir tetapi sukar untuk dilakukan melalui perbuatan serta tindak tanduk kita..



Awak, awak tak rimas ke asyik pakai baju kurung dengan jubah je?  Pertanyaan daripada sahabat ana yang membuatkan ana tersenyum.. Pertama sekali ana ingin tegaskan ana suka dengan baju kurung dan jubah.. Pakaian harian ana..Ana selesa untuk berpakaian sebegini hatta untuk membeli makanan di kafe sekalipun..Kenapa saya suka pakai baju kurung? First, baju kurung dapat menutup aurat ana.. Insyaallah,dengan izin Allah ana berusaha menjaga aurat dengan memakai baju kurung dan jubah.. Ana sangat selesa dan longgar.. Ana pernah mandi di pantai pakai baju kurung.. Banyak mata memandang tetapi ana tak kisah pandangan orang.. Seorang sahabat ana ketawa apabila ana menceritakan ana mandi pantai memakai baju kurung.. Kenangan ini amat manis apabila dikenang.. Hehe..Ana tidak rimas dengan pakaian ini tetapi rasa dilindungi..Ana rasa selamat apabila berbaju kurung.. Apabila ana ingin berbuat sesuatu ,ana akan fikir banyak kali.. Kadang-kadang melalui pakaian kita dapat membentuk diri kita..

 Ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."



Awak,maaf ye nak tegur..Saya rasa awak kena pelbagaikan fashion awak.. Urmm, baju kurung je.. Ubah sikit..Pakai blouse ke? t-shirt muslimah ke? Still menutup aurat kan?  Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana Allah mengurniakan orang-orang yang sangat prihatin dengan ana.. Terharu ana.. Buat sahabatku,terima kasih kerana menegur ana.. Ana sangat menghargainya.. Tetapi sahabatku yang dikasihi kerana Allah,ana lebih selesa berpenampilan sebegini..Mudah.. Sangat selesa.. Biarpun sesetengah pihak kata sangat panas tetapi bagi ana bagai salju turun membasahi ana.. Mungkin ana sudah terbiasa.. Walau apa pun ana sangat berterima kasih kepadamu sahabat.. Mungkin ada menganggap ana kuno,tetapi ketahuilah bahawa ana lebih menyayangi ayahanda ,adik-adik ana serta suami ana kelak.. Ana tidak mahu mengheret mereka ke arah lembah neraka kerana ana tidak menutup aurat.. Nauzubillah..

 
bersambung